|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands |
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Rasa nak hirup udara segar, mesti nak cari tempat yang sejuk dan nyaman untuk santai. Kebetulan hujung minggu lalu ada preview bufet Ramadan di Geo Resort & Hotel, jadi MOMI berkesempatan untuk menginap 2 hari 1 malam disana. Mari MOMI kongsikan pengalaman sepanjang menginap di Geo Resort & Hotel.
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Perjalanan mengambil masa sekitar 44 minit dari Kuala Lumpur ke Geo Resort & Hotel, Genting Highlands. Bagi mereka yang ingin dapat melalui kenderaan awam, bas juga turut disediakan dari TBS (Terminal Bas Sepadu) dengan hanya RM10 sahaja. Jarak terminal ke GEO Resort & Hotel hanya kira-kira 3KM, anda boleh ambil Grab terus ke hotel. Suasana disini seperti berada di Cameron Highlands gitu.
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Superior Room Geo Resort & Hotel Genting Highlands
Dekat Geo Resort & Hotel Genting Highlands ini memiliki banyak jenis bilik mengikut kesesuaian dan pilihan anda. Antaranya ialah Premier Suite, Family Suite, Deluxe Room dan Superior Room. Untuk penginapan ini, MOMI dapat merasai pengalaman menginap di Superior Room.
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Memang puas hati dengan Superior Room ini dengan bilik yang cantik serta bilik air yang besar. Selain itu, tidur juga sangat nyenyak dengan katil dan bantal yang premium. Rasa tak nak bangun dari katil sebab selesa sangat hehe. Pemandangan di sekitarnya pula, sangat cantik dan nyaman sekali. Lebih-lebih lagi bangun pagi, terus duduk dekat balkoni sambil melihat sekitar Geo Resort & Hotel Genting Highlands ini. Jom kita tengok sikit dalam bilik Superior Room ini :
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Bilik yang memiliki keluasan 32.4 sqm ini menyediakan kemudahan seperti Katil Twin, Meja dan Kerusi Untuk Buat Kerja, TV LED, Coffee dan Tea Maker, Pengering Rambut, Seterika dan Papan Seterika, Minibar, Rain Shower dan Kemudahan Bilik Mandi.
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Kemudahan Di Geo Resort & Hotel Genting Highlands
Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Geo Resort & Hotel Genting Highlands sangat mengujakan dan puas hati. Rasa macam tak nak balik sebab seronok sangat tidur atas katil yang empuk, lagi-lagi bantal dan comforter yang sangat selesa. Untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, anda boleh makan di restoran Cabana, di tingkat 1 Geo Resort & Hotel. Selain itu, kemudahan 'swimming pool' dan gimnasium turut disediakan di tingkat 1 Geo Resort & Hotel.
Di sekitar hotel juga berdekatan dengan tempat makan, kedai runcit dan macam-macam lagi. Kalau datang sini untuk tenangkan diri dan nak lari sekejap dari kesibukan bandar, memang sangat sesuai. Memang disyorkan menginap sendiri di sini dan rasai pengalaman yang menarik sepanjang berada di sini.
|
Geo Resort & Hotel Genting Highlands - Hotel Review |
Alamat Geo Resort & Hotel Genting HighlandsJalan Permai 2,
Genting Permai Avenue,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia
0 تعليقات