|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake - Food Review | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anda yang sukakan suasana kafe hipster, apa kata anda cuba makan dekat Garage 51. Garage 51 ini terletak di Bandar Sunway dan berdekatan sekitar Sunway University dan Sunway Collage. Sebenarnya kafe ini MOMI pernah pergi dulu dengan kawan-kawan, tapi kali ini pergi atas jemputan review untuk IG. Jadi, apa hidangan yang menarik dekat Garage 51 ini? Mari MOMI kongsikan.
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Tempat makan yang selesa dan berhawa dingin serta sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar. Jika anda datang menaiki kereta, mungkin susah sikit nak cari parkir. Waktu yang sesuai untuk datang ke Garage 51 adalah pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang. Dulu-dulu pergi sebab viral Milkshake Garage 51 yang meriah, jadi tak pesan makanan dekat sini. Harganya bagi MOMI sangat berbaloi dengan rasa dan portion makanannya. Untuk pengetahuan anda, Garage 51 tidak mempunyai sijil halal dan ia merupakan kafe 'pork-free'.
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Menu Garage 51 Sunway
Untuk kali ini, MOMI pesan beberapa jenis hidangan iaitu Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken, Grilled Chicken Breast Burger with Fries, Garage Pancake with Nutella dan Messed Up Family Milkshake - The Cousin (Salted Caramel).
Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken
Harga : RM23
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Sebab adik MOMI teringin nak makan, MOMI pesan Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken. Rasa Aglio Olio memang sedap dan 'creamy'. Ditambah pula dengan potongan ayam yang dipanggang. Memang puas hati.
200g Grilled Chicken Breast Burger with Fries
Harga : RM25
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Bila tengok kawan-kawna review, rasa macam menarik juga untuk dicuba. Grilled Chicken Breast Burger with Fries portionnya sangat besar dan memang sedap. Ada 2 kepingan ayam tebal dalam burger tersebut. Dimakan pula dengan kentang goreng, memang kenyang.
Garage Pancake with Nutella
Harga : RM22
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Dah kenyang makan hidangan utama, kita masuk bahagian pencuci mulut pula. Kali ini MOMI pesan Garage Pancake with Nutella. Rasa Pancakenya sangat lembut dan uniknya ada pacigari yang berisi coklat didalamnya. Anda boleh suntik coklat didalam pacigari diatas pancake. Serius sedap. Siap ada potongan buah strawberi dan buah bluberi.
Messed Up Family Milkshake - The Cousin (Salted Caramel)Harga : RM18.90
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Tujuan untuk ke Garage 51 ini adalah 'Milkshake'. Milkshake di Garage 51 dikenali dengan 'messy' topping diatasnya. The Cousin adalah salah satu dari Messed Up Family Milkshake, yang rasanya adalah 'Salted Caramel Milkshake' dan diatasnya ada 2 Brownies dan kepingan-kepingan pretzel. Rasanya milkshake salted caramelnya memang sedap dan ditambah pula dengan topping yang sangat menarik. Nak repeat lagi!! hehe.
|
Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake |
Waktu Operasi Garage 51
Dibuka setiap hari bermula 10:00 Pagi hingga 10:00 Malam.
Alamat Penuh Garage 51
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor
0 تعليقات