|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa. Apa kata anda berbuka puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Apakah juadah berbuka puasa di atas meja bufet yang disediakan oleh Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ini? Mari MOMI kongsikan.
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Bufet Citarasa Zaman Berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Hj Mohd Saad bin Othman dan pembantunya. Masakan kampung seperti 'Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas', 'Ikan Merah Panggang ala Portugis', 'Rendang Udang Harimau Daun Kunyit', 'Perut Lembu masak Lemak Rebung' adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional "mesti cuba" di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah 'Kambing Panggang' yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box- Power', 'Sup Ekor Bakar', 'Kari Kepala Ikan', 'Kue Tiaw Goreng', 'Laksa', dan 'Satay'. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Pelbagai pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur 'Pengat Pisang', 'Pulut dan Serawa Durian', 'Ais Batu Campur (ABC)', 'Kuih-muih Melayu', kek dan juga pelbagai jenis minuman. Persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" akan menghiburkan anda sekeluarga dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga had sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur |
Harga Bufet Ramadan 2022 - Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala LumpurBufet Ramadan 2022 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula dari 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM150 / Nett
Early Bird Offer!
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di
Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sehingga 31 Mac 2022 pada harga :
- Dewasa (Seorang) - RM120 / Nett
- Kanak-Kanak (Seorang - 6-12 Tahun) - RM60 / Nett
- Warga Emas (Seorang) - RM60 / Neet
Mengenai Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall.
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. la berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di
Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, sila hubungi
+60 11-2175 3626.Layari Laman Rasmi -
Seri Pacific Hotel. Ikuti media sosial mereka di
Facebook dan
Instagram!
0 تعليقات