|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa. Apa kata anda berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Rebung Chef Ismail - Bufet Ramadan Di Kuala Lumpur ini? Mari Momi kongsikan.
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
Di
Restoran Rebung Kuala Lumpur tahun ini menyajikan lebih 100 jenis pilihan makanan yang bertemakan hidangan dari Pantai Timur. Antara hidangan yang boleh cuba di
Restoran Rebung Kuala Lumpur seperti
'Nasi Kerabu Kelantan', 'Laksam', 'Ayam Percik' dan
'Ikan Percik'. Restoran Rebung Kuala Lumpur turut menghidangkan hidangan wajib mereka seperti
'Masak Lemak Rebung dan Perut', 'Daging Salai Masak Lemak', 'Asam Pedas Daging Tetel', 'Gulai Tempoyak Ikan Patin' dan beberapa hidangan lain.
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
Selain itu, turut dihidangkan menu istimewa sempena Ramadan iaitu 'Gulai Kawah', 'Kue Tiaw Goreng', 'Laksa' dan sebagainya. Tidak lengkap berbuka puasa anda jika tiada pencuci mulut kan? Pencuci mulut yang dihidangkan di Restoran Rebung Kuala Lumpur ialah Kuih Muih dari Pantai Timur - 'Lompat Tikam', 'Kuih Serabai', 'Kuih Belebat Ubi' dan sebagainya.
|
Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala Lumpur |
Untuk menceriakan lagi suasana seperti bazar Ramadhan, terdapat beberapa "Action Stall" disediakan. Gerai-gerai in akan menjalankan pembuatan dan penyediaan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas ke atas pinggan hidangan anda. Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah, menebar 'Murtabak', membuat 'Roti Jala', menguli 'Onde-onde', memanggang 'Ikan Bakar' dan beberapa jenis makanan lain lagi.
Harga Bufet Ramadan 2022 - Restoran Rebung Kuala LumpurBufet Ramadan 2022 di Restoran Rebung Kuala Lumpur bermula dari 7 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari 6:00 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Restoran Rebung Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM88 / Nett
- Kanak-Kanak (Seorang - 5 Hingga 11 Tahun) - RM58.00 / Nett
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Restoran Rebung Kuala Lumpur, sila hubungi (60) 3 2276 3535 (Telefon) dan 01127906993 (WhatsApp).
0 تعليقات