5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Apabila semakin meningkat dewasa ini, macam-macam nak kena bayar setiap bulan. Nak bayar bil eletrik, air, cukai, saman dan sebagainya. Memandangkan tak lama lagi kebanyakkan agensi tidak akan menghantar bil dalam bentuk fizikal pada masa akan datang, kita perlu 'install' aplikasi berkaitan untuk memudahkan urusan bayaran. Jadi MOMI senaraikan lima (5) aplikasi penting yang perlu ada dalam smartphone anda (bagi penduduk sekitar Lembah Klang) .

1. MOBIS

Aplikasi Mobis (Mobile Intergrated Service) merupakan aplikasi mudah alih yang dapat membantu anda yang berada di Kuala Lumpur untuk membuat bayaran dalam talian bagi perkhidmatan seperti Notis Kompaun, Cukai Taksiran dan perbaharui lesen DBKL. Memang sangat mudah. Boleh guna bayaran atas talian sahaja. 

MUAT TURUN APLIKASI MOBIS - ANDROID

MUAT TURUN APLIKASI MOBIS - IOS

MOBIS - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
MOBIS - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

2. Air Selangor

Aplikasi Air Selangor adalah aplikasi mudah alih rasmi daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. Ia adalah satu lagi saluran maklumat dan aduan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagunya aplikasi ini, jika anda buat aduan yang dikemukakan melalui permohonan ini akan diterima serta-merta oleh pasukan Perkhidmatan Pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd. Anda juga boleh bayar bil air dengan mudah melalui aplikasi ini.

MUAT TURUN APLIKASI AIR SELANGOR - ANDROID

MUAT TURUN APLIKASI AIR SELANGOR - IOS

Air Selangor - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
Air Selangor - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

3. myTNB

Aplikasi myTNB pula, membolehkan anda untuk memantau penggunaan elektrik dan membayar bil dengan mudah. Selain itu, anda juga boleh menguruskan pelbagai akaun dengan lebih mudah dalam satu aplikasi sahaja. 

MUAT TURUN APLIKASI myTNB - ANDROID

MUAT TURUN APLIKASI myTNB - IOS

myTNB - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
myTNB - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

4. MyBayar Saman

Aplikasi MyBayar Saman juga perlu ada dalam smartphone anda untuk kemudahan akses kepada pelanggan untuk melakukan pemeriksaan dan pembayaran saman PDRM transaksi e-kerajaan. 

MUAT TURUN APLIKASI MyBayar Saman - ANDROID

MUAT TURUN APLIKASI MyBayar Saman - IOS

MyBayar Saman -5  Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
MyBayar Saman -5  Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

5. MySejahtera

Akhir sekali, aplikasi MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara. MySejahtera merupakan saluran rasmi yang menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia yang menawarkan pendaftaran, janji temu, dan pengeluaran sijil digital imunisasi COVID-19. Untuk masa ini, aplikasi ini memang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia.

MUAT TURUN APLIKASI MySejahtera - ANDROID

MUAT TURUN APLIKASI MySejahtera- IOS

MySejahtera - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah
MySejahtera - 5 Aplikasi Penting Berkaitan Peribadi dan Rumah

Ada tak semua sekali aplikasi yang dinyatakan di atas? kalau tiada, anda sudah boleh mula install untuk elakkan kekalutan pada masa hadapan. Sampai disini sahaja entri kali ini. Kalau ada aplikasi yang wajib ada dalam smartphone, boleh kongsikan di ruangan komen. Jangan lupa jaga diri ya guys. :)


Post a Comment

0 Comments