Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

 Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Teringin nak makan makanan dari Indonesia? Apa kata anda cuba singgah ke IndoAsli. IndoAsli menyajikan pelbagai makanan yang sedap dan menarik dari Indonesia. Untuk entri ini, Momi nak kongsikan bersama anda tentang menu baharu dari IndoAsli.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Memiliki dua (2) cawangan iaitu di IOI City Mall Putrajaya dan Central I-City Mall Shah Alam, kesemua hidangan pastinya memiliki keunikan rasa yang tersendiri dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Bagi anda yang tidak sabar nak tahu, IndoAsli memperkenalkan pelbagai menu baharu yang pastinya buat anda kecur air liur sempena Ramadan tahun ini. Berikut adalah menu baharu dari IndoAsli yang boleh anda cuba :
 
Pembuka Selera (Appetizers)

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Tempe Sira

Harga : RM4.90

- Sementara menunggu hidangan utama untuk makanan, anda boleh cuba Tempe Sira untuk kunyah-kunyah. Memang layan ya.


Hidangan 'Signature'

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Tahu Telur (MESTI CUBA)

Harga : RM11.90

- First time masuk dalam mulut, terus suka dengan rasa Tahu Telur ini. Rasa Tahu Telur bersama kuah yang manis manis pedas, memang sesuai untuk dimakan bersama nasi. Wajib order tau!

Hidangan Utama (Main Course)

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Gulai Ayam Padang (MESTI CUBA)

Harga : RM16.90

- Rasa Gulai Ayam yang sememangnya enak. Rasa lemak santan ayam dan kuah gulainya memang sedap. Salah satu menu yang anda wajib cuba.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Rendang Kambing

Harga : RM27.90

- Jarang-jarang makan Rendang Kambing kan? Rasa unik Rendang Kambingnya buat anda tak berhenti nak rasa lagi dan lagi. Rempah ratus yang digunakan betul-betul meresap ke dalam kambing.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Rendang Sapi

Harga : RM22.90

- Rindu Hari Raya? Anda boleh cuba Rendang Sapi. Memang menggamit memori Aidilfitri anda, Makan pula dengan nasi. Memang onz! Tapi yang ni memang rasa lain dari yang lain, kena cuba! Boleh buat anda makan nasi bertambah-tambah.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Cumi Bakar Jimbaran (MESTI CUBA)

Harga : RM35.80

- Sotong Bakar? A Big YESS! Serius yang ni rasa nak tambah bila makan. Cicah pula dengan kuah kicapnya. Memang favourite-lah! Salah satu menu yang anda wajib cuba.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Terung Raos Khas Bandung

Harga : RM11.90

- Terung Raos Khas Bandung ni memang nampak sedap. Rasa terungnya yang crispy di luar  dan lembut didalam dengan kuah yang pedas  tu memang terangkatlah! Sesuai untuk mereka yang suka makan pedas.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali (MESTI CUBA)

Harga : RM25.90

- Bagi Momi, It's Complete meal. Bila makan rasa lengkap dah hidangan. Rasa Nasi Tumpeng yang panas dan sedap dimakan pula bersama ayam bakar percik Bali dan tempe. Memang sedap!

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara (MESTI CUBA)

Harga : RM39.90

- Rugi tak cuba. Ikan Talapia Goreng memang sedap, dicicah pula bersama 3 pencicah - sambal balado, sambal ijo, sos madura. Makan dengan nasi memang terbaiklah. Ikan yang besar, digoreng rangup. Confirm ratah sampai ke tulang.

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Ayam Bakar Sate (MESTI CUBA)

Harga : RM19.90

- Yum yum! Rasa macam makan Sate Ayam, tapi jangan salah sangka ya. Ayam bakar sate tu ibarat makan sate ayam tanpa lidi, tapi yang ni kuah kacangnya memang ngam! Tak payah asingkan lidi dah, ngap seketul terus. Recommended!


Pencuci Mulut (Desserts)

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Jeli Dalam Telur (MESTI CUBA)

Harga : RM8.90

- Nervous ya nak cuba sebab pencuci mulut ini sangat unik. Rasa agar-agar dalam telur tu serius sedap, dimakan pula dengan aiskrim. Memang completelah!

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Popia Pisang

Harga : RM12.90

- Nampak biasa tapi rasa dia meletop ya! Rasa popia pisang yang sedap dan menarik.

Minuman

Jom Tengok Menu Baharu Dari IndoAsli

Es Alpukat

Harga : RM13.90

- Rasa avocado yang enak bersama coklat. Ada lemak lemak manis, memang yums!

Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli (MESTI CUBA)

Harga : RM12.90

- Rasa yang sangat premium. Rasa avocado bersama perisa strawberry di bawahnya. Awesome!

Soda Serai

Harga : RM6.90

- Minuman yang segar. Rasa air soda bersama serai. So refreshing!

Meriahkan menu-menu baharu dari IndoAsli ni kan? Semua hidangan memang rasa sedap dan memenuhi selera Momi. Bulan puasa ini apa kata anda bawa keluarga dan rakan-rakan datang sendiri dan cuba rasai pelbagai hidangan terbaharu dari IndoAsli. Anda boleh datang dan rasai sendiri menu-menu baharu dari IndoAsli, di lokasi berikut : 

- IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya: Lot No: LG-36
- IndoAsli Central i-City, Shah Alam: Lot No: LG-58

*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam

Untuk maklumat lanjut mengenai IndoAsli, anda boleh ikuti mereka di media sosial : Facebook dan Instagram.

Post a Comment

0 Comments