Bufet Ramadan 2021 - Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya banyak promosi dan diskaun 'early bird' yang berlangsung di hotel-hotel dan restoran untuk hidangan berbuka puasa. Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata anda berbuka puasa di Aloft Kuala Lumpur Sentral. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Nook kali ini? Mari Momi kongsikan.
Di Nook tahun ini menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang bertemakan "Jom Buka@Nook" dari negeri Johor ke negeri Kelantan. Anda bakal menikmati pelbagai hidangan yang sangat menepati citarasa Malaysia dari pembuka selera sehingga pencuci mulut. Hidangan ini disediakan oleh Cef Eksekutif , Cef Arfizan dan Cef Rais bersama pembantu-pembantunya.
Sous-Vide Beef |
Dah tengok kan hidangan-hidangan menarik untuk berbuka puasa? Jadi jom berbuka di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu 6.30 petang hingga 10.30 malam dari 15 April 2021 - 15 Mei 2021 . Harga Buffet Ramadhan Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM148 / Nett
Early Bird Offer!
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral sehingga 31 Mac 2021 pada harga :
- Dewasa (Seorang) - RM108 / Nett
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral, sila hubungi (60) 3 2723 1154 atau email ke kulal.b&f@marriott.com. sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral. !
Terima Kasih Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral!
0 Comments