2020 Review & Happy New Year 2021!

2020 Review & Happy New Year 2021! 

2020 Review & Happy New Year 2021!  | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Memandangkan setiap tahun kita update, jadi masih belum terlewat untuk Momi ucap, Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua pembaca blog Momi! As usual, pastinya awal tahun semua orang bersemangat untuk memulakan tahun baharu mereka dengan azam dan semangat yang baru. Jadi entri kali ini, Momi nak kongsi dengan anda imbasan tahun 2020 dan harapan untuk tahun 2021.

Imbasan 2020
Tahun 2020 boleh Momi katakan tahun yang mencabar dan sukar buat kita semua kan? Momi rasa tahun paling 'worst' untuk Momi lalui dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Momi hampir menghadapi 'depression'  dan rasa sangat 'down' hampir 10 bulan berkaitan emosi, orang sekeliling, kerja dan macam-macam lagi. 

Selain dari 'stress' menghadapi pandemik yang sedang kita lalui, Momi juga pernah berehat dari ambil job review untuk semua platfrom sosial media bermula hujung Ogos 2020 hingga November 2020 untuk kembalikan semula semangat untuk menjadi seorang Blogger dan Content Creator. Sebab utama berehat adalah untuk menenangkan diri tanpa rasa stress dengan kerja, buat apa yang Momi suka dan tiada tekanan. Selain itu, Momi sedikit kecewa dengan dunia Blogger dan Content Creator yang semakin menekan jiwa Momi, lagi-lagi dengan mereka yang 'kill the market'. Banyak lagi sebenarnya tapi Momi cerita sampai disini sahaja. 

Alhamdulillah, dalam musim pandemik ini juga dimurah rezeki dengan banyak berkolaborasi dengan jenama-jenama besar seperti McDonalds Malaysia, Foodpanda, Julie's, California Raisins, UMobile, The Chicken Rice Shop, Kedai Ayamas, iQIYI, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan banyak lagi. Walaupun tak banyak seperti tahun sebelumnya, Momi tetap bersyukur kerana masih ada lagi PR dan rakan-rakan yang beri kepercayaan dekat Momi. Terima kasih semuanya! 

Terima kasih buat mereka yang selalu ada dengan Momi terutamanya keluarga dan kawan-kawan seperjuangan. Mungkin Momi tak tunjuk dekat semua orang 'side' sedih, tapi most of them faham apa yang Momi lalui. Sayanggg korang semua!

2020 Review & Happy New Year 2021!

Harapan 2021

Masih 'valid' lagi ke nak berazam untuk tahun 2021 ni? hahaha. Untuk tahun 2021 ini, ingin berusaha lebih keras lagi dan lagi untuk mencapai apa yang Momi inginkan. Seperti tahun lalu, Momi  ingin memantapkan media sosial Momi dan target untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama besar. Semoga tahun 2021 ini Momi akan menjadi yang lebih baik dan semuanya dipermudahkan. Doakan Momi ya ! :)

Semoga tahun 2021 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi dan lagi. In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2021 dengan penuh semangat dan senyuman ya guys!. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis. Jaga diri ya guys! Sayang semua. 


Post a Comment

0 Comments