|
Resipi California Raisins Marble Cake |
Resipi California Raisins Marble Cake | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Di musim perayaan ini, pastinya seronok bersama keluarga dan rakan-rakan menikmati pencuci mulut. Sempena Krismas dan Tahun Baharu ini, Momi ingin kongsikan resipi istimewa 'California Raisins Marble Cake'. California Raisin Marble Cake adalah pemanis mulut yang sesuai untuk musim perayaan. Gabungan Marble Cake dan California Raisins menambah kemanisan rasa kek dengan bau yang lazat dan menyelerakan. Sesuai dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
|
Resipi California Raisins Marble Cake |
Bahan California Raisins Marble Cake :
1/4 cawan California Raisins
1 Butter (250g)
1 cawan gula halus
5 biji telur
Pewarna (hijau, merah dan kuning)
2 cawan tepung penaik
|
Resipi California Raisins Marble Cake |
Cara Masak California Raisins Marble Cake :
1. Sediakan semua bahan.
2. Masukkan gula halus dan butter, kacau sehingga kembang.
3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga kembang.
4. Masukkan tepung penaik sedikit sedikit dan kacau sehingga kembang.
5. Masukkan 1/4 cawan California Raisins dan kacau.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bekas. Kemudian, letak pewarna (hijau, merah dan kuning) dalam setiap satu bekas.
7. Masukkan satu per satu warna dalam loyang.
8. Bakar selama 45 minit dan set ke 180 darjah celcius.
9. Sedia untuk dihidang.
|
Sweet Naturally Like & Win |
Sweet Naturally Like & Win
Menu California Raisins Marble Cake adalah 1 dari 10 penyertaan untuk pertandingan Sweet Naturally Like & Win yang menggunakan 'California Raisins'. Anda ingin menang wang tunai? 5 pemenang bertuah memenangi RM100 seorang. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjadi yang bertuah :
- Like Page Facebook "California Raisins Asean" dan Follow Instagram "California Raisins Asean".
- Like resipi California Raisins Marble Cake ini di facebook page "California Raisins Aseans".
- Kongsi gambar di Facebook anda. Jangan lupa set profile anda ke "PUBLIC".
- Masa untuk anda 'Vote' bermula sekarang hingga 25 Disember 2020 pada 11.59 malam.
0 Comments