McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik MEKDI Ke Seluruh Negara

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih ingat tak papan tanda "Mekdi" dekat McDonald's Bukit Bintang tahun lepas? Haaa.. tahun ini Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia sekali lagi membawakan kepada anda papan tanda Mekdi bukan sahaja di Bukit Bintang malah di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang. 

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

Papan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk "McD", singkatan bagi McDonald's - telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya, dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara. Apa yang lebih menarik, kesemua 16 restoran itu dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia, yang diberi peluang mengundi restoran McDonald's yang akan memaparkan papan tanda Mekdi. Berikut adalah 16 restoran McDonald's terpilih tersebut : 

  • McDonald’s Bukit Bintang
  • McDonald’s Titiwangsa
  • McDonald’s KLCC
  • McDonald’s Putrajaya, Presint 2
  • McDonald’s Kuala Selangor
  • McDonald’s Greenlane, Penang
  • McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
  • McDonald’s Stulang Laut, Johor
  • McDonald’s Kulai, Johor
  • McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • McDonald’s Taman Buaya, Malacca
  • McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
  • McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
  • McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
  • McDonald’s Kuching 1, Sarawak
  • McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggannya. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali mereka memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat.

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

Tahun ini, McDonald's Malaysia ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi. Papan tanda hanya untuk masa terhad sahaja, jadi anda jangan lepaskan peluang untuk merakamkan memori bersama papan tanda Mekdi.

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. Anda kini boleh menikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, berserta sambal pedas. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

McDonald's juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula. Momi jamin semuanya memang sedap!

McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara
McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik "MEKDI" Ke Seluruh Negara

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia, sila layari laman web rasmi McDonald's Malaysia. Selamat mencuba, Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia!


Post a Comment

1 Comments

Qbal Ramlan said…
Mekdi. Siapa je tak suka. Tempat study, buat assignment. lepak semua kat situ. kadang tidur situ. hahahah