Jom Cuba Nasi Kandar Marrybrown | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Marrybrown kembali dengan menu yang bakal membuat anda kecur air liur. Menu terbaru Marrybrown ini adalah menu yang tidak asing lagi buat kita iaitu Nasi Kandar Marrybrown. Apa yang menariknya Nasi Kandar Marrybrown? Mari Momi kongsikan.
Jom Cuba Nasi Kandar Marrybrown |
Penggemar Marrybrown, jangan lepaskan peluang untuk Nasi Kandar Marrybrown yang kini kembali dengan kelainan istimewa, bukan satu tapi dua ayam rangup! Disajikan dengan nasi yang dibanjiri dengan kuah kari, dilengkapi dengan telur rebus, bendi, papadom dan segelas Heaven and Earth Teh Ais Limau yang menyegarkan. Jom datang ke restoran Marrybrown sekarang dan bersama-sama kita bersorak bergembira!
Harga Set Combo Nasi Kandar Marrybrown
Berikut adalah harga untuk kedua-kedua hidangan Nasi Kandar Marrybrown :
Nasi Kandar 2-pcs Chicken Combo
- Bermula daripada RM16.20
Nasi Kandar 1-pcs Chicken Combo
- Bermula daripada RM12.70
Menu Nasi Kandar di Marrybrown boleh didapati dekat semua cawangan Marrybrown bermula Khamis, 16 Julai 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari media sosial mereka di Facebook, Instagram dan YouTube. Untuk perkhidmatan 'delivery' sila layari lama web Marrybrown Delivery. Enjoys!
0 Comments