Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Ramadan tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sekarang kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi sangat susah untuk kita keluar, ditambah pula tahun ini tiada bazaar dibuka seluruh Malaysia. Pastinya kita merindui hidangan yang dijual di bazaar Ramadhan. Macam mana nak beli juadah berbuka walaupun bazaar Ramadan tidak dibuka?

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Platfrom E-Bazar (PLATS)
Berita baik untuk warga Selangor, kini anda boleh beli juadah berbuka puasa di Platfrom Selangor (PLATS)PLATS adalah platform e-bazar dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. PLATS adalah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini. 

E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor dan kini sudah mula beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain (selain itu, terdapat 6 lokasi lain). Untuk penghantaran, tempahan ini akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr.Speedy, Zepto Express dan MatDespatch mengikut lokasi yang tertera. Jadi  juadah berbuka anda terus sampai ke rumah dan bayar terus. Mudah kan?

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Juadah Berbuka Dalam PLATS
Sila kuatkan semangat anda sebab terdapat banyak pilihan juadah berbuka puasa dari pembuka selera hingga pencuci mulut. yang anda boleh beli. Antara juadah berbuka puasa yang anda boleh dapatkan dalam PLATS ialah Murtabak, Nasi Kerabu, Nasi Ambeng, Nasi Lemak, Nasi Kari Kambing, Roti John, Popia, Roti Boom, Ayam Percik, Ayam Golek, Nasi Kerabu, kuih muih, Apam balik dan banyak lagi. Selain makanan, air juga turut dijual tau. Kalau nak senaraikan memang banyaklah!

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Cara Menempah Makanan Di PLATS
Okay, sekarang Momi nak ajar cara untuk anda menempah makanan dekat PLATS. Pesanan makanan boleh dibuat bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang melalui laman web PLATS (https://www.plats.com.my/)  dan penghantaran akan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 7.00 malam pada hari yang sama. Jadi kalau nak cepat, anda pesan siap-siap ya. Cari menempah adalah seperti berikut : 

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Untuk pengetahuan anda, semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Beli Juadah Berbuka Puasa Di Platfrom e-Bazar (PLATS) Untuk Warga Selangor

Alhamdulillah. Usaha ini dapat memudahkan kita untuk membeli makanan atas talian tanpa keluar rumah semasa musim PKP ini. Pelbagai juadah berbuka puasa yang pastinya dapat melepaskan rindu anda dengan hidangan di bazaar ramadhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PLATS, sila layari laman sosial media mereka dia Facebook dan Instagram PLATS dan Instagram MBI Selangor. Selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera.

Post a Comment

1 Comments

Ya Allah, terliur nya semua makanan tu. Hahahahhaa. Aril singgah sini jap ehh...