Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan - 13 Mei sehingga 9 Jun 2020 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sudah 54 hari kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Malaysia. Hari ini, merupakan hari ke-11 fasa ke-empat berlangsung dan hari ini juga akan diumumkan oleh Perdana Menteri sama ada dilanjutkan atau tidak PKP dalam perutusannya.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan - 13 Mei sehingga 9 Jun 2020 Sumber : @KKMPutrajaya |
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa PKPB akan dilanjutkan bermula 13 Mei hingga 9 Jun 2020 dalam perutusan khasnya pada 10 Mei 2020 pukul 2:00 Petang. [Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri pada 9 Jun 2020 Disini!] Diharapkan kita semua bersabar dan tenang melalui PKPB ini demi kebaikan semua ya. Lebih-lebih lagi kita masih dalam bulan Ramadan dan bakal menjelang Syawal. In sha Allah kita boleh putuskan rantaian COVID-19. Jangan lupa #DudukRumah ya guys. Jaga diri, jaga kebersihan diri dan selamat berpuasa dan selamat hari raya. :)
3 Comments