Starbucks® Caramel Pure Matcha Choc Chip Frappuccino® | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun baru, pastinya ada promosi baru 'Seasonal Offerings' dekat Starbucks Malaysia. Memandangkan pernah cuba minuman baru sebelum ni, jadi Momi nak cuba satu lagi minuman baru iaitu 'Caramel Pure Matcha Choc Chip Frappuccino®'. Tetiba teringin pula nak cuba salah satu minuman dalam 'Seasonal Offerings', jadi jom cuba.
Caramel Pure Matcha Choc Chip Frappuccino® ini adalah minuman perisa matcha digandingkan dengan sos karamel yang 'smooth' dan coklat 'java chip' yang rangup, dihiasi dengan serbuk debu 'Pure Matcha' memberi anda pengalaman yang menarik dan mencair dalam mulut. Rasa matcha dia memang kena dengan tekak . Rasa matcha dan coklat java chip memang vass!
Harga Caramel Pure Matcha Choc Chip Frappuccino® adalah RM21.00, jika anda nak tambah "Chocolate Drizzle", hanya tambah RM2 . Harga keseluruhan jadi RM24.40 (termasuk tax). Untuk sekali sekala boleh la cuba kan hehe. Selain dari Caramel Pure Matcha Choc Chip Frappuccino®, juga ada Black Sesame Pure Matcha Latte with Taro Foam dan Okinawa Brown Sugar Latte yang boleh dicuba dalam promosi 2020 'Seasonal Offerings'. :)
0 Comments