Cuba Yomie's Rice X Yogurt

Cuba Yomie's Rice X Yogurt

Cuba Yomie's Rice X Yogurt | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Kalau perasan sekarang banyak kedai Bubble tea buka kan? Rasanya macam tak putus-putus jenama baru bubble tea keluar. Kali ini kita lari sikit dari bubble tea sebab Momi ada jumpa satu kedai minuman yogurt baru  dibuka iaitu Yomie's Rice X Yogurt. Apa yang menarik dekat Yomie's Rice X Yogurt ni? Mari Momi kongsikan kepada anda. 

Cuba Yomie's Rice X Yogurt
Yomie's Rice X Yogurt Di The Gardens Mall

Tahukah anda, minuman yogurt yang sihat dan lazat ini berasal dari Sydney, Australia. Setiap minuman yogurt dibuat setiap hari, tidak menggunakan bahan pengawet dan pewarna. Yogurt dihasilkan sendiri di kedai setiap hari dan setiap kali ia dibuat, hanya boleh disimpan sehingga 24 jam. Yomie’s Rice X Yogurt ini merupakan minuman yogurt yang segar dan mengenyangkan. Momi dah cuba minuman yang sering dipesan iaitu Yomie's Purple Rice Yogurt dan Melon! Melon! (Fresh Fruit x Yogurt Smoothie)

Cuba Yomie's Rice X Yogurt
Yomie's Purple Rice Yogurt dan Melon! Melon! 

Yomie's Purple Rice Yogurt
Harga : RM13.90
Anda boleh cuba minuman signature, Yomie's Purple Rice Yogurt ini. Rasa dia sedap, campuran bubur dan yogurt. Kalau minum Yomie's Purple Rice Yogurt ini memang buat anda rasa kenyang tau. Kalau malas nak fikir makan apa, cubalah minuman ini. 

Melon! Melon! (Fresh Fruit x Yogurt Smoothie). 
Harga : RM13.90
I love this! Rasa Melon dengan yogurt memang sebati. Manis-manis masam gitu. Rasanya kalau buah sangat sesuai dengan yogurt. Memang wajib cuba ya!

Cuba Yomie's Rice X Yogurt
yummms!

Untuk menu lain, boleh lihat disini. Yomie’s Rice X Yogurt kini dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley. Ia juga boleh didapati di SS15, Sri Petaling, Setapak dan Lot 10. Jom cuba sekarang!

Post a Comment

0 Comments