|
KIRINDO Bubble Tea, Subang SS15- Cuba Try Test Tengok |
Kirindo Bubble Tea, SS15 Subang - Cuba Try Test Tengok | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Masih demam Bubble tea ke? Ya, masih lagi dalam demam bubble tea ni hehe. Entri kali ini Momi nak kongsikan kepada anda satu lagi kafe Bubble Tea di sekitar Subang SS15 iaitu KIRINDO. Untuk pengetahuan anda, KIRINDO baru sahaja dibuka sekitar November 2019. Best ke tak minuman dekat sini?
|
KIRINDO Bubble Tea, Subang SS15- Cuba Try Test Tengok |
Terdapat pelbagai variasi minuman yang ada dekat KIRINDO ini, antaranya ialah 'Kirindo Signature', 'Kirindo Japanese Green Tea', 'All Berry Crush', 'Uji Kyoto Matcha Snow Cap', 'Clitoria Ternatea Soda', 'Wohortleberry Soda' dan banyak lagi. Memang rambang mata ya datang sini. Pilihan Momi untuk minuman di KIRINDO ialah 'Kirindo Signature' dan 'All Berry Crush' yang pasti buat anda rasa nak 'repeat' lagi.
|
KIRINDO Bubble Tea, Subang SS15- Cuba Try Test Tengok |
|
KIRINDO Bubble Tea, Subang SS15- Cuba Try Test Tengok |
Menariknya sekarang ada kad promosi RM100 Kirindo dan anda boleh nikmati tebus minuman percuma dari Kirindo selama 30 hari (sehingga RM500). Cepat ya sebab tawaran adalah terhad! Jadi jangan lupa datang ke KIRINDO di SS15 Subang sekarang!
0 Comments