BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Dah lama Momi perati dekat media sosial, nampak ramai yang makan dalam sungai yang mengalir. Rasa teringin juga nak pergi nanti dekat BBQ Lamb KL Kemensah. Kebetulan memasing tak buat apa-apa masa cuti 'Hari Pertabalan Agong' pada 31 Julai lalu, kami bercadang untuk ke BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara. Apa yang menariknya BBQ Lamb KL Kemensah? Mari Momi kongsikan. 

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

Perjalanan dari rumah ke BBQ Lamb KL Kemensah ini mengambil masa 30 minit sahaja, namun jika anda ingin datang dinasihatkan untuk 'booking' awal dan tiba 30 minit lebih awal pada waktu yang anda pilih. Untuk makan tengah hari disini, kami memilih sesi 2.00 petang hingga 4.00 petang. Semasa kami datang memang meriah ya, jadi susah sikit nak cari parking haha. Bagi yang bawa keluarga dan anak-anak, sambil makan boleh juga mandi-mandi gitu.

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

Menu Di BBQ Lamb KL Kemensah
Menariknya dekat BBQ Lamb KL Kemensah, mereka menghidangkan Set Menu BBQ dimana dalam satu pinggan anda boleh rasai pelbagai jenis daging yang dipanggang. Empat daging yang dihidangkan ialah daging ayam, daging lembu, daging kambing dan daging itik bersama empat jenis sos iaitu kicap, mayonis, pudina dan lada hitam. Untuk Set Menu BBQ untuk empat (4) orang makan berharga RM140, manakala untuk Set Menu BBQ untuk dua (2) orang makan berharga RM90

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
Set Menu BBQ untuk 4 orang makan

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
Set Menu BBQ untuk 2 orang makan

Dalam set tersebut ia turut didatangkan sekali bersama  1 'coselaw salad', 1 sup kambing, nasi berempah dan pencuci mulut (mengikut set dua orang atau empat orang) termasuk tembikai. Untuk air memang 'free flow' yang diletakkan atas kerusi berdekatan meja makan.

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

Untuk makanan memang terbaik! Rasa empat daging yang diperap dengan sempurna memang sedap, lagi-lagi makan sambil rendam kaki dalam sungai Rasa tak cukup order satu set, rasa nak tambah lagi sebenarnya hehe. Memang puas hati dengan harganya sebab lengkap dengan nasi dan pencuci mulut. 

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai

Waktu Operasi Di BBQ Lamb KL Kemensah
Bagi anda yang berminat untuk cuba makan di BBQ Lamb KL Kemensah ini, waktu beroperasi mereka adalah seperti berikut : 

Dibuka Setiap Hari;

  • Isnin - Ahad (Kecuali Jumaat) : 12.00 Tengah Hari hingga 10.00 Malam (Last Order 9.00 Malam)
  • Jumaat : 4.00 Petang hingga 10.00 Malam (Last Order 9.00 Malam)

Untuk sesi pula, anda boleh menempah awal untuk sesi berikut;

  • Sesi 12.00 Tengah Hari hingga 2.00 Petang
  • Sesi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang
  • Sesi 4.00 Petang hingga 6.00 Petang
  • Sesi 6.00 Petang hingga 8.00 Malam
  • Sesi 8.00 Malam hingga 10.00 Malam

Alamat BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan Taman Zooview, 
Kampung Kemensah, 
68000 Ampang, Selangor

BBQ Lamb KL Kemensah - Makan Sambil Rendam Kaki Dalam Sungai
Tetiba Pose macam ni kan dekat BBQ Lamb KL Kemensah haha!

Untuk maklumat lanjut mengenai BBQ Lamb KL Kemensah, sila ikuti mereka di Facebook. Jika anda ingin menempah, anda boleh klik pada link ini untuk terus ke Whatsapp.  Selamat menjamu selara guys!

Post a Comment

9 Comments

Suria Amanda said…
Dia boleh posing maut plak kat situuuuu
Sis Lin said…
Alaaa nak juga makan daging sambil rendam kaki..nak juga!! Bawak Sis plesss
Ain Athirah said…
Huyooo makan sambil rendam kaki mmg takkan kenyang la haha. tempat best makanan sedap. perrrrfect

Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe
Mawardi Yunus said…
rasa macam nak repeat lagi je. sedap makanan dia
Rafzan Tomomi said…
hehehhee wajib ni kak hahhaa
Rafzan Tomomi said…
hahahhaahha datang kl sis. belakang zoo negara je ni hehee
Rafzan Tomomi said…
hehehehehee! kena makan banyak lerr hahaha
Rafzan Tomomi said…
ye wakk. nanti ajommmmm!
Faradidi said…
Allahuuu sedapnyaa.. terliur tgk gambo bbq lamb tu.