Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Aloft Kuala Lumpur Sentral kini sedang mempromosikan bufet sepanjang Ogos 2019 dengan menampilkan hidangan-hidangan dari 'Junior Sous Chef'. Jadi Momi berkesempatan untuk merasai hidangan yang akan ditampilkan diatas meja bufet sepanjang Ogos ini. Jadi Momi akan kongsikan hidangan-hidangan menarik tersebut. 

Sempena Aloft's Culinary Stars Season 2, Aloft Kuala Lumpur Sentral ini menampilkan hidangan dari 3 chef ; Chef Izmin, Chef Wan dan Chef Ahmad. Setiap chef memiliki keistimewaan mereka tersendiri dalam menyediakan hidangan yang pastinya lazat dan sedap. Kita zoom sikit hidangan-hidangan dari 3 Chef yang berbakat ini.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Menampilkan 3 Junior Sous Chef iaitu (dari kiri) Chef Azmin, Chef Ahmad dan Chef Wan

Menu Chef Izmin - Hidangan Dari Itali
Pertama, kita lihat hidangan dari Chef Izmin atau nama sebenarnya Mohd Izmin Khairi bin Ismail. Beliau telah berkhidmat dalam industri masakan ini selama 10 tahun. Chef yang berusia 27 tahun ini telah menjadi peminat pasta sejak beliau masih kecil dan minatnya terhadap makanan Itali memang tidak boleh disangkal lagi.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Salmone Putanesca

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Polpette Al Formagio e Pomodoro


Untuk bufet ini, Chef Izmin menghidangkan hidangan istimewa 'Polpette Al Formagio e Pomodoro' dan 'Salmone Putanesca' yang boleh anda cuba. Untuk kedua-dua hidangan ini Momi rasa menarik, lagi-lagi 'Polpette Al Formagio e Pomodoro' ini memang sedap. Bertambah-tambah makan hehe.

Menu Chef Wan - Hidangan Dari Mexico
Bagi yang ingin cuba hidangan dari Mexico, Chef Wan atau nama sebenar beliau Muhammad Ridzuan Bin Leman akan mempersembahkan masakan Mexico kegemarannya sebahagian dari hidangan bufet. Chef yang berasal dari Pulau Pinang ini  sudah menceburi dunia masakan ini selama sembilan tahun dan rasa cintanya terhadap masakan Mexico itu membuatkan beliau menghasilkan masakan yang kaya dan menggunakan bahan-bahan yang sihat.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Lamb Fajitas
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Mexican Chicken Lasagna

Pastinya Chef Wan akan menghidangkan dua hidangan kepakarannya iaitu 'Lamb Fajitas' dan 'Mexican Chicken Lasagna' (Lasagna Ayam Mexico). Hidangan dari Chef Wan ini menjadi kegemaran Momi sebab dua dua memang kena dengan selera Momi. Jadi Momi sarankan untuk anda cuba kedua-dua hidangan lazat ini.

Menu Chef Ahmad - Hidangan Dari Malaysia
Anda tak minat masakan Itali dan Mexico? Tak mengapa, sebab bufet ini juga menghidangkan Masakan Malaysia sentiasa menjadi tumpuan ramai. Untuk hidangan ini, ia dihidangkan oleh Chef Ahmad Shahlan Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Ahmad. Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun sebagai tukang masak dan khusus dalam masakan Malaysia dan 'fusion'.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Briceket Smoked Beef dengan Sos Kuning 

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Sambal Fried Prawn

Chef kelahiran Kedah ini bakal menghidangkan dua hidangan popularnya iaitu 'Briceket Smoked Beef dengan Sos Kuning' dan 'Sambal Fried Prawn' (Sambal Udang) versinya sendiri. Kedua-dua hidangan ini ada keunikannya tersendiri tau, kalau nak tahu macam mana rasanya kenalah datang sini hehe.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
6 Hidangan Utama Dalam Satu Pinggan

Selain dari enam hidangan utama yang Momi sebut, Nook juga menyediakan Bufet ini juga akan menawarkan pelbagai hidangan lain termasuk hidangan India dan Cina, stesen mi yang menghidangkan menu signature dari Nook iaitu Sarawak Laksa dan pencuci mulut dengan pelbagai hidangan manis yang boleh anda cuba.

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!

Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!
Aloft's Culinary Stars Kembali Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Sepanjang Ogos 2019!

Harga Buffet Diner ‘Aloft's Culinary Stars Season II’  Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019, Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral menawarkan  harga buffet dinner Aloft's Culinary Stars Season II termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut adalah seperti berikut :

  • RM118.00 nett [Dewasa]
  • RM59.00 nett [Kanak-Kanak - 6-12 Tahun ]

Nota : Pada hari Jumaat dan Sabtu, anda boleh cuba  citarasa anda dan menyelam dalam satu siri rasa mentega segar, udang, kepiting dan banyak lagi pada Nook’s Sea Meat Buffet Dinner yang berharga RM128/nett setiap orang dewasa dan RM64/nett (kanak-kanak). A la carte sepanjang hari oleh Nook Restaurant dibuka setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai 'Aloft's Culinary Stars Season II' Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.

Terima kasih Aloft KL Sentral!

Post a Comment

0 Comments