Tony Roma's Lamb Lover's Platter | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tony Roma's kembali dengan promosi terbaru untuk pencinta kambing (lamb) dengan memperkenalkan Lamb Lover's Platter. Promosi Lamb Lover's Platter ini berlangsung sekitar Julai dan Ogos 2019. Jadi Momi tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri lamb rib dari Tony Roma's.
Untuk pengetahuan anda, Tony Roma's telah memperkenalkan 'lamb rib' (tulang rusuk kambing) sekitar tahun 2013 dan menjadi kegemaran ramai. Lamb ribs di Tony Roma's ini pernah memenangi anugerah 'Brand Innovation' dari Romacorp. Wah no wonder, ramai orang suka dengan lamb ribs ini. Jom Momi kongsikan apa yang menariknya Lamb Lover's Platter ini.
Lamb Lover's Platter
Harga : RM158.80 nett
Untuk Lamb Lover's Platter ini, ia termasuk Lamb Shoulder, Lamb Ribs dengan sos Honey and Plum, Lamb Cevapi dengan pickle onion dan dihidangkan bersama Crispy Potato Chips. Ia sesuai untuk dimakan seramai 3-4 orang. Untuk set ini memang puas makan sebab ada gabungan 3 menu yang memang menyelerakan.
Tony Roma's Lamb Lover's Platter |
Grilled Lamb Shoulder
Harga : RM85.80 nett
Selain dari Lamb Lover's Platter, Tony Roma's menyediakan single plate jika anda rasa nak cuba salah satu hidangan. 'Grilled Lamb Shoulder' ini adalah daging kambing yang lembut, juicy dan rasa perapan yang enak dihidangkan pula bersama Cruchy Onion Rings.
Tony Roma's Grilled Lamb Shoulder |
Lamb Rib
Harga : RM70.80 nett
Rasai 'Lamb Rib' yang penuh dengan rasa daging yang telah diperap dan dipanggang dengan sempurna serta di salut dengan sos honey plum dan perahan jus serta potongan halia. Hidangan ini juga dihidangkan bersama Crunchy Onion Rings.
Tony Roma's Lamb Rib |
Harga : RM55.00 nett
Terasa nak makan burger? Jangan risau, Tony Roma's turut menyediakan 'Lamb Burger' untuk anda cuba. Patty daging kambing yang tebal dipanggang sehingga mengeluarkan rasa daging yang juicy bersama salad, tomato, keju serta sos istimewa dan diapit dengan roti bun yang lembut. Siapa yang suka makan burger mesti teruja, lagi-lagi ia dihidangkan bersama Cruchy Onion Rings. Yumm!
Tony Roma's Lamb Lover's Platter |
Lamb Flatbread
Harga : RM55.00 nett
Antara menu lain yang boleh anda cuba ialah 'Lamb Flatbread'. Roti leper berbentuk diletakkan topping yang mewah dengan daging kambing panggang, harvati cheese, blue cheese, cendawan liar, lada merah dan diselaputi dengan chive & creamy horsedish sauce.
Tony Roma's Lamb Lover's Platter |
Crunch Tower
Harga : RM18.80 nett
Sementara nak menunggu Lamb tu, boleh la pesan Crunch Tower. Crunch Tower ini menggabungkan 4 jenis pembuka selera iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Salted Egg Potato Chips dan Fluffy Potato Tots dengan Sweet and spicy Glaze. Menariknya, jika anda cuba Crunch Tower ini, apa kata anda cuba sertai "Crunch Tower Photo Contest". Caranya mudah sahaja,dimana anda perlu mengambil gambar Crunch Tower dan muat naik di Instagram. Pastikan anda letak #JomTonyRomas pada bahagian kapsyen dan peserta yang terpilih bakal memenangi hadiah mingguan iaitu voucher Free Lunch. Seronoknya!
Tony Roma's Lamb Lover's Platter |
Review
Untuk Lamb Lover's Platter ini, disarankan untuk cuba Lamb Cepavi dengan pickle onion dulu tau. Rasa kambing yang sedap dicampur pula dengan jeruk bawang yang manis, buat Momi rasa nak makan lagi dan lagi. Tapi terpaksa makan sedikit dulu sebab nak fokus pada 'Lamb Shoulder' dan 'Lamb Ribs'. 'Lamb Shoulder' ini dimasak dengan sempurna dan paling penting, rasa juicy-nya yang sememangnya lazat. Dengarnya 'Lamb Ribs' di Tony Roma's dipanggang dalam masa yang lama sampai dagingnya empuk. Menariknya rasa juicy-nya masih lagi kekal dan ia mudah dileraikan. Jadi terpaksa berebut lah dengan kawan-kawan ni sebab sedap sangat haha.
Lamb Lover's Platter di Tony Roma's pastinya buat anda rasa gembira dan kenyang makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Set menu ini bermula dari 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti media sosial mereka di Facebook, Instagram dan Twitter. Selamat menjamu selera guys!
1 Comments