Tekun Mart Di Terminal Bersepadu Selatan Buka Tempahan Oden Halal | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tahun 2019 banyak juga makanan yang viral, termasuk juga dengan oden yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Kini Oden juga boleh didapati dekat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Tekun Mart yang terletak aras 4 yang berdekatan dengan Foodcourt.
Oden Halal Di Tekun Mart
Pastinya ramai yang akan tiba awal untuk menunggu bas yang seperti dijadualkan. Sementara menunggu tu, apa kata cuba Oden Halal dekat Tekun Mart yang pastinya 100% menggunakan produk muslim. Setiap cucuk Oden ini berharga RM2.00 sahaja dan ia didatangkan dalam 2 jenis kuah iaitu tom yam dan sup. Memang layan makan Oden panas-panas, lagi-lagi dengan kawan-kawan atau keluarga.
Bagi anda yang ingin menempah Oden Halal, TEKUN Mart juga menerima tempahan katering Live Stall Oden Halal. Rasanya lain dari yang lain kalau hidangkan Oden di majlis-majlis makan malam, rumah terbuka dan sebagainya. Untuk menempah Oden Halal dari TEKUN Mart ni, sila hubungi nombor telefon : 016-9645544 (Kak Wani) atau email ke tekunmart@gmail.com.
Selain dari Oden Halal, Tekun Mart juga menyediakan pelbagai makanan panas seperti Pau, Dim Sum, Meatball, Chickenball, Jagung Manis, Spaghetti dan bebola (cucuk-cucuk). Selain itu, turut dijual pelbagai jenis pastri seperti Bomboloni, Bun cheese, Bun sosej dan Mini Pizza. Anda juga boleh dapatkan minuman panas dan sejuk seperti Green Tea, Teh Ais, Air Jagung dan banyak lagi. Juga termasuk pilihan aiskrim.
Aiskrim
|
Meatball dan Chickenball |
Jagung Manis
|
Aiskrim |
Minuman |
Spaghetti |
Dim Sum |
Bebola (Cucuk-cucuk) |
Pau |
Mengenai Tekun Mart
Tekun Mart dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka sekitar Jun 2019. Tekun Mart adalah kedai serbaneka yang mengenengahkan produk tempatan dan juga produk Halal. Boleh dikatakan semua produk makanan dan minuman disini memang dikenali. Kebanyakan dari produk-produk yang dijual adalah produk makanan dan minuman dari usahawan tempatan seperti Nasi Lemak Segera, Nasi Goreng, Asam Pedas dan pelbagai lagi. Pastinya sesuai untuk anda yang ingin beli untuk makan didalam bas.
Waktu Operasi Tekun Mart TBS
Waktu operasi Tekun Mart di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) adalah seperti berikut :
Dibuka Setiap Hari
Dari 7.00 pagi - 11.00 malam
Untuk maklumat lanjut perkembangan Tekun Mart, anda boleh ikuti mereka di Facebook. Selamat berbelanja di Tekun Mart. Makan oden tu jangan lupa tangkap gambar post dekat IG Stories hehe.
0 Comments