SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebelum ini Momi pernah update pasal Restoran Makanan Korea Di Malaysia, nampak ada satu lagi kedai yang akan masuk dalam senarai tersebut. Baru-baru ini, Momi bersama rakan-rakan mencari restoran makanan Korea di sekitar Kuala Lumpur. Cari punya cari, kami terjumpa restoran SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Kuala Lumpur. Apa yang menariknya dekat SeoulNami Korean BBQ? Mari Momi kongsikan kepada anda.
Apa yang menariknya tentang SeoulNami Korean BBQ ini ialah ia menyajikan BBQ cara Korea dengan arang panggang di atas meja. Ia diinspirasikan dari Korean BBQ Chicken popular dari Chuncheon, yang mana berlokasi di bahagian utara Seoul, Pulau Nami. Restoran yang terletak di Level F-215 di The Gardens ini merupakan restoran mesra muslim dengan menyediakan Halal-certified ingredients seperti ayam, daging dan makanan laut yang dimasak di atas bara arang panas.
"Boleh ke masak atas bara arang yang panas?" Itu soalan yang bermain difikiran. Anda tidak perlu risau dengan asap kerana di SeoulNami Korean BBQ telah disediakan corong asap dekat setiap meja jadi anda tak perlu risau untuk masak walaupun dalam restoran yang tertutup dan berhawa dingin.
Cara Order Di SeoulNami Korean BBQ
Jadi Momi nak kongsikan tips bagaimana untuk menikmati Korean BBQ di SeoulNami Korean BBQ :
1. Untuk permulaan, sila pilih hidangan utama anda seperti 'Chuncheon Chicken' (RM 59.00) dan 'Beef Platter' (RM 119.00).
2. Pilih hidangan sampingan (side dishes) dan sos untuk dicicah. Antara yang anda kena cuba ialah 'Spicy Octopus' (RM 39.00), 'Kimchi Trio' (RM 29.00), 'Fist Rice' (RM 29.00), 'Charcoal Burnt Cheesecake' (RM 12.00) dan 'Goguma on Fire' (RM 12.00).
3. Seterusnya masak telur dadar stim terlebih dahulu menggunakan dapur pemanas.
4. Dapur BBQ akan dipanaskan menggunakan arang. Jadi, anda boleh bakar daging dan ayam yang anda pesan di atas pemanggang yang telah disediakan. Minta bantuan dari staff untuk penggunaan arang yang betul.
5. The best part, bila daging atau ayam sudah masak, anda boleh balutnya dengan salad, tambah timun dan lobak serta letak sos mengikut selera anda.
6. Makanan tidak lengkap tanpa air kan? Ada 4 pilihan air yang boleh anda cuba tau seperti 'Out-of-This-World Lemonade' (RM 24.00), 'Binggrae Banana Uyu Colada' (RM 24.00), 'Sparkling Orange Cream Soda' (RM 19.00) dan 'Fizzy Sour Plum Cooler' (RM 19.00).
Apa Menu Kegemaran Momi?
Kalau ikutkan mana makanan kegemaran Momi dekat SeoulNami Korean BBQ , semestinya hidangan utama daging wagyu dalam 'Dinner Platter', lagi-lagi bila dah siap bakar cicah pula dengan sos yang ada memang terbaik! Satu lagi yang menarik ialah 'Fist Rice'. Anda perlu gaul dulu semua bahan-bahan dalam mangkuk kemudian kepal-kepal kan. Lepas tu apa lagi, makan lah ! Serius sedap hehe.
Untuk pengetahuan anda, SeoulNami Korean BBQ masih lagi menunggu HALAL certificate daripada JAKIM. Jadi, anda tak perlu was-was jika ingin makan dekat SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL kerana menu-menunya 100% halal.
Untuk maklumat lanjut mengenai SeoulNami Korean BBQ, anda boleh ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram.
Alamat SeoulNami Korean BBQ
F-215, The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur
Tel : +603 2202 3336
0 Comments