Mykōri Dessert Café

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Tak habis lagi dengan pencuci mulut ya. Kalau sebelum ini Momi update mengenai aiskrim White Rabbit Inside Scoop, kali ini Momi nak kongsikan kepada anda sebuah lagi kedai 'dessert'Mykōri Dessert Café. Sebelum ini tak pernah dengar mengenai Mykōri Dessert Café ini tapi bila Ara Kimora asyik sebut mengenai cafe ini, tetiba teringin pula nak cuba kan? hehe.

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe
Mykōri Dessert Café
Banyak juga cawangan Mykōri Dessert Café ini dibuka iaitu sebanyak 21 cawangan. Dengarnya banyak lagi cawangan yang akan dibuka akan datang. Haa.. Kebetulan kami makan McDonalds area Sri Petaling, jadi kami singgah dekat Mykōri Dessert Café di Sri Petaling. Sambil melihat suasana kedai yang tenang, kami tak tahu nak pilih yang mana sebab ada banyak. Dalam banyak-banyak menu, kami memilih 2 menu yang selalu pengunjung pesan iaitu Kakigori dan Signature Toast.

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe
Hey gurls!

Mont Mouve Kakigori (RM25)
Disebabkan selalu nampak ramai orang 'order' , kami memilih Mont Mouve Kakigori. Rasanya masam-masam sikit dalam tu ada beberapa seleksi beri yang boleh dirasai. Sangat menyegarkan. Saiznya sedikit kecil dari yang dijangka tapi okaylah. Oh ya, kalau nak pesan untuk seorang makan pon ada dalam RM13.

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe
Mont Mouve Kakigori

Mango Honey Crunch Toast (RM20)
Sesuai dipesan semasa minum petang. Kami memilih salah satu signature toast disini ialah Mango Honey Crunch Toast. Ia adalah gabungan roti bersama mangga dan dua aiskrim pilihan anda. Jadi kami memilih aiskrim vanila untuk dimakan bersama. Pada bahagian tepi roti, kami tak berapa minat dengan rasanya tapi yang lain sangat sedap!

Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe
Mango Honey Crunch Toast

Waktu Beroperasi Mykōri Dessert Café
Berikut adalah waktu Mykōri Dessert Café beroperasi :


  • Selasa - Jumaat (2.00 Petang - 11.00 Malam)
  • Sabtu & Ahad (1.00 Tengah Hari - 11.00 Malam)
  • Isnin cuti


Mykōri Dessert Café - Mykori Dessert Cafe
Nyumss Mykōri Dessert Café

Sebenarnya banyak lagi nak rasa tau tapi sebab kami berdua susah sikit nak pesan hehe. Jangan lupa datang ke  Mykōri Dessert Café untuk menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut. Purata harga pencuci mulut disini dari RM13 ke RM30. Jangan lupa tengok menu yang dihidangkan dan cawangan yang anda ingin pergi supaya memudahkan anda pesan. hehe.

Menu Mykōri Dessert Café
Lokasi / Cawangan Mykōri Dessert Café

Enjoyss!

Post a Comment

5 Comments

ray said…
I am so near yet so far. dah dkt tp x pernah smpt pun nak pergi
Yaya Azura said…
Nampak sedap semua!
Norihanyusuf said…
Tengok ja dah terliur.
Kekanda Hawa said…
SEDAPNYA MOMI.... pengsan gini!! mujur x baca time puasa.. hehe (Anyway, done follow blog momi)
YEASLMN said…
Pernah gi yg dekat Mahkota Cheras. Mykori memang terbaik dessert dia kan! 🤩 Hehe