Mana Nak Cari Puding Raja Pekan ?

Puding Raja Pekan by Food Market
Mana Nak Cari Puding Raja Pekan ?

Mana Nak Cari Puding Raja Pekan by Food Market | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys! Beberapa hari ini, nampak lalu lalang dekat Facebook dan Instagram mengenai Puding Raja Pekan. Sebenarnya ini pertama kali Momi dengar tentang Puding Raja Pekan. Pasti anda tertanya bagaimana untuk dapatkan Puding Raja Pekan di sekitar Kuala Lumpur, sedangkan ia pencuci mulut tradisi dari negeri Pahang. Akhirnya Momi dapat juga rasa Puding Raja Pekan. Best ke tak? Jom sambung baca.


Puding Raja Pekan by Food Market
Mana Nak Cari Puding Raja Pekan ?
Untuk pengetahuan anda, Puding Raja Pekan ini merupakan hidangan pencuci mulut di Istana Negeri Pahang. Pandangan pertama dekat packagingnya yang kemas itu, Momi rasa sangat cantik dan kelas tau. Ia tersusun kemas dalam kotak berwarna putih dan warna puding tu nampak betapa eksklusifnya Puding Raja Pekan ini. 

Puding Raja Pekan by Food Market
Mana Nak Cari Puding Raja Pekan ?

Okay, bab rasa memang paling dinantikan. Rasa Puding Raja Pekan memang kena dengan tekak Momi. Rasa pisangnya yang lemak manis dan kombinasi bersama jala emas (kuning telur yang disira dalam air gula), ceri, prune dan paling penting, sos istimewanya. Lebih enak jika anda makan masa sejuk. Momi sempat beli untuk Cik Esah (Emak) dekat rumah, memang Cik Esah suka betul dengan Puding Raja Pekan. Mana taknya, Cik Esah berjaya habiskan 1 bekas ya siap minta belikan lagi haha. 

Puding Raja Pekan by Food Market
Unboxing Puding Raja Pekan.

Puding Raja Pekan by Food Market
Isi dalam bekas Puding Raja Pekan.

Puding Raja Pekan by Food Market
Sos istimewa Puding Raja Pekan.

Macam mana nak dapatkan Puding Raja Pekan ini? Anda boleh dapatkan Puding Raja Pekan yang dipack khas ini di Foodmarket dengan harga RM9.90 sahaja. Lepas ini tak perlu risau lagi kalau nak cari Puding Raja Pekan sebab sudah tahu mana nak dapatkannya kan? 

Terima kasih Foodmarket sebab jual pencuci mulut yang 'awesome' ini. Jangan lupa dapatkan Puding Raja Pekan tau, lepas beli tangkap gambar dan jangan lupa tag Instagram Foodmarket. Apa salahnya sekali sekala cuba pencuci mulut di istana Pahang ini, mana tahu jatuh hati boleh beli banyak-banyak hehe.

Puding Raja Pekan by Food Market
Mana Nak Cari Puding Raja Pekan ?

Alamat:
Bandar Sri Permaisuri
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur.
No Telefon: 019-666.4889

Shah Alam
Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 0192706003

Untuk maklumat lanjut mengenai Foodmarket™ dan Puding Raja Pekan, anda boleh layari laman web rasmi Foodmarket™. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Foodmarket™, anda boleh ikuti di Facebook, Instagram dan YouTube channel sekarang.


Post a Comment

0 Comments