Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini Momi telah menghadiri majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda Puchong di Lake Vista, Puchong Selangor pada 5 Januari 2019. Ini merupakan kali pertama Hanana Group Sdn Bhd mengadakan majlis Grand Opening untuk Lugar De La Boda @ Puchong. Momi ingin kongsikan kisah sekitar majlis yang penuh makna bagi Hanana Group Sdn Bhd.
Majlis Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Puan Norazlin Abd Ghafar, pemilik Hanana Group Sdn Bhd bersama-sama keluarga. Majlis dimulakan dengan Solat Mahgrib berjemaah dan majlis bacaan Yassin, kemudian disusuli dengan Solat Isya' berjemaah. Kemudian, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dari The Potai's Band dan serta hos jemputan, Azlee Senario.
Untuk pengetahuan anda, majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada pasangan yang bakal berkahwin mengetahui pakej-pakej perkahwinan yang disediakan oleh Hanana Group Sdn Bhd di Lugar De La Boda @ Puchong. Majlis Grand Opening & Food Tasting ini lengkap dengan hiasan pelamin, katering, meja makan utama, DJ dan sistem PA untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir merasai seperti menghadiri majlis perkahwinan di Lugar De La Boda @ Puchong.
Para tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong, Dalca dan beberapa menu hidangan yang lain. Selain itu, ada gerai Kambing Grill, Ayam Gunting, Kuih-Muih, Cendol dan Apam Balik. Semua ini dihidangkan panas-panas dari gerai tersebut ya.
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong |
Mengenai Lugar De La Boda
Lugar De La Boda nama di beri sempena perkataan 'wedding place' di dalam bahasa Sepanyol. Dewan perkahwinan Puchong ini merupakan konsep garden wedding yang pertama di kawasan Puchong dan ia menampilkan konsep ciri ciri Modern English yang bertatahkan warna emas dan juga warna putih manakala daun-daun dan pokok-pokok yang ditanam terdiri dari pokok pokok palm dan juga pokok pokok taman.
Dewan perkahwinan Puchong ini mampu memuatkan 50 buah meja dan 500 buah kerusi chivari gold di dalam satu satu masa. Selain itu, ia lengkap dengan tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Paling menarik, Lugar De La Boda juga menyediakan bilik akad nikah untuk memudahkan urusan pengantin dan keluarga. Dengarnya bulan Mac 2019 hampir penuh di booking. Alhamdulillah.
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong |
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong |
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong |
Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong |
Apa-apa pun tahniah Momi ucapkan kepada Hanana Group Sdn Bhd diatas Grand Opening & Food Tasting Lugar De La Boda @ Puchong. Semoga ramai pasangan mempelai masa akan datang book dewan perkahwinan yang cantik dan kelas ini hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej lengkap perkahwinan Puchong 2019 dan event space Puchong by Hanana Group, sila layari laman web rasmi Hanana Group dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang!
Alamat Lugar De La Boda
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.
Alamat Hanana Group
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya
Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Hanana Group Sdn Bhd, sila hubungi :
Farah – 016 – 6700 457
Hanis – 016 – 6700 752
Rezza – 016 – 6700 473
Liana – 016 – 4318 434
Hanis – 016 – 6700 752
Rezza – 016 – 6700 473
Liana – 016 – 4318 434
1 Comments