Raikan Tahun Baharu Cina Di The Emperor, Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Beberapa hari lagi akan tiba perayaan yang disambut khususnya oleh bangsa Cina iaitu Tahun Baharu Cina. Dorsett Grand Subang tidak melepaskan peluang untuk memeriahnya Tahun Baharu Cina di The Emperor dengan sajian bertemakan "Auspicious Lunar New Year Feast".
Bermula dari 5 Januari 2019 sehingga 19 Februari 2019, Dorsett Grand Subang bakal memeriahkan Tahun Baharu Cina anda dengan pelbagai menu mewah termasuk hidangan istimewa dan pilihan a la carte untuk untuk anda berkumpul bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan sesama perayaan ini. Tempat makan adalah bahagian penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina, jadi The Emperor menjadi lokasi yang sesuai untuk anda menyambutnya.
The Dorsett Prosperity Yee Sang dan 6-Course Poon Choi
Sebagai sebahagian daripada tradisi Tahun Baharu Cina, prosperity toss atau dipanggil "Lo Hei" adalah perkara yang mesti dilakukan untuk kesihatan, kemakmuran dan kejayaan. Hidangan signature tahun ini yee sang atau "Lo Hei" Thai-Style “Hee Har” Pink Prawn and Fresh Fruits boleh didapati pada harga RM108 (Set Separuh) dan RM128 (Set Penuh).
Poon Choi pula merupakan masakan tradisi yang sangat sesuai untuk reunion terutamanya semasa Tahun Baharu Cina. Setiap Poon Choi terdiri daripada Braised Abalone, Sea Cucumber, Dried Scallop, Dried Oyster, Black Moss, Fish Maw, Black Mushroom, Yam, Roasted Crispy Chicken and Duck, White Radish, Braised Bean Curd Stick, Chinese Cabbage, Fatt Choy Fish Ball, Broccoli, Fresh White-Water Prawn dan signature The Emperor, Emperor broth.
Raikan Tahun Baharu Cina Di The Emperor, Dorsett Grand Subang |
Set Menu Auspicious Reunion Set Lunch and Dinner
Nikmati hidangan yang menarik semasa perayaan ini bersama tiga (3) set menu yang mewakili Standard, Deluxe dan Premium. Menu set bermula dari RM 1,288 nett setiap meja sebanyak 10 pax. Pada Tahun Baharu Cina, tidak asing lagi dengan memberi dan menerima "lai see" atau dikenali sebagai paket merah. Atas sebab itu, Dorsett Grand Subang turut mengadakan cabutan bertuah eksklusif untuk setiap tetamu untuk pesanan Set Menu.
Raikan Tahun Baharu Cina Di The Emperor, Dorsett Grand Subang |
Standard
Menu set Standard yang berharga RM 1,288 nett (untuk 10 pax, satu meja) orang menghidangkan seleksi menu seperti Prosperity Yee Sang with Salmon and Shredded Young Mango, “Teo Chew Style” Steamed Silver Pompano Fish with Preserved Vegetables dan Braised Black Mushroom with Dried Oyster Sea Moss.
Deluxe
Menu set Deluxe dijual dengan harga RM 1,588 nett (untuk 10 pax, satu meja), menampilkan dua hidangan tradisional Tahun Baharu Cina yang boleh dinikmati oleh keluarga - Crispy Roasted Duck with Chinese Herb dan Wok-Fried Tiger Prawns with Three Varied Taste Sauce.
Premium
Bagi menu set Premium pula bermula dari RM 1,888 nett (untuk 10 pax, satu meja) dengan pilihan bahan yang premium. Antara menu utama yang dihidangkan ialah Steamed Pearl Grouper with Superior Soya Sauce, Wok-Fried White Prawn with Golden Garlic and Superior Stock Sauce dan Mixed Glutinous Rice with Smoked Duck and Mushroom.
Prosperity Abalone Treasure Pot_Poon Choi |
Steamed Glutinous Rice with Smoke Duck and Mushroom |
Double-Boiled Matsutake Mushroom with Farm Village Chicken and Dry Scallop |
Double-Boiled Red Dates with Snow Fungus and Pearl |
Nikmatilah hidangan a la carte yang lazat seperti Claypot Braised Dried Seafood and Sea Moss, Stewed Dried Oyster with Black Mushroom, Black Moss and Lettuce dan Stir-Fried Assorted Vegetables with Fresh Scallops and Macadamia Nuts untuk membangkitkan selera anda semasa Tahun Baharu Cina. Selain itu, sambutan akan diteruskan dengan tarian singa tradisional pada hari kesebelas Tahun Baharu Cina, 15 Februari 2019 pada jam 11.00 pagi di lobi Dorsett Grand Subang.
Raikan Tahun Baharu Cina Di The Emperor, Dorsett Grand Subang |
Pastinya Tahun Baharu Cina kali ini lebih meriah bersama keluarga dan rakan-rakan di The Emperor, Dorsett Grand Subang dengan pelbagai hidangan menarik disini. Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Auspicious Lunar New Year Feast, sila hubungi 03 5031 6060 sambunga 1912 atau email ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com. Selamat menyambut Tahun Baharu Cina bagi mereka yang menyambutnya. =)
0 Comments