Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Foodmarket™ sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Jika sebelum ini Momi pernah ke Foodmarket™ sempena Terengganu Week yang berlangsung pada April lalu. Kali ini sempena penutup tirai tahun 2018, Foodmarket™ melancarkan satu lagi program iaitu 'Perlis Week' untuk mempromosikan produk makanan dari negeri Perlis.
Momi Shopping di Foodmarket. |
Alhamdulillah! Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama Foodmarket™ di Bandar Seri Permaisuri.
Untuk memperkenal produk makanan dari Perlis, Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis telah menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018. Antara produk makanannya ialah belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi. Program ini berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.
Usaha Foodmarket™ Sempena 'Perlis Week'
Banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh di bawa ke Kuala Lumpur. Selain itu, mereka juga membuat banyak pembacaan serta temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.
Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Kumpulan Foodmarket™ juga menerima bantuan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis semasa berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini.
Produk Makanan Yang Menarik Di Perlis
Seperti Momi ceritakan diatas tadi, terdapat pelbagai produk makanan di Perlis Week di Foodmarket™. Antaranya ialah :
1. Belacan Madu Perlis
Antara perkara yang menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’.
Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi.
Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! |
Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! |
3. Kuih-muih
Pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini berlangsung selama 5 hari.
Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! |
Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! |
Perlis Week Di Foodmarket™ Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018! |
Pastinya menu istimewa ini akan ada ketika ‘Perlis Week’ nanti di Foodmarket™. Jangan lupa datang beramai-ramai ke Foodmarket™ sempena 'Perlis Week' ini, dan merasai pelbagai produk makanan yang menarik dari Perlis. Pakat Mai Noh!
Alamat:
Bandar Sri Permaisuri
Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur.
No Telefon: 019-666.4889
Shah Alam
Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 0192706003
Untuk maklumat lanjut mengenai Foodmarket™ dan 'Perlis Week', anda boleh layari laman web rasmi Foodmarket™. Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Foodmarket™, anda boleh ikuti di Facebook, Instagram dan YouTube channel sekarang.
0 Comments