Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Sebagai penggemar aplikasi "Instagram", sememangnya Momi ternantikan pelbagai perubahan terkini dekat aplikasi tersebut. Rasanya tahun 2018 sahaja, terdapat pelbagai perubahan dan tambahan seperti IGTV, penambah baikan dalam IG Stories dan banyak lagi. Terbaru, Instagram akan mengemaskini layout Profile untuk akaun 'personal' dan 'business'.
Sumber : Instagram |
Layout terbaru ini nampak lebih kemas sedikit berbanding layout sekarang. Cuma untuk profile 'business' nampak sedikit 'messy'. Rasanya Momi kena tunggu sehingga layout betul-betul update baru boleh komen lebih lanjut. Adakah anda rasa layout terbaru ini lebih menarik dan kemas? Sila tinggalkan pendapat anda diruang komen. Jangan lupa ikuti Momi di Instagram ya. :)
2 Comments