Pengalaman Ke Night Of Fright 6, Sunway Lagoon | Assalamualaikam & Salam Sejahtera gais! Ingin rasakan keseraman pada bulan Oktober sempena Halloween? Apa kata anda singgah ke Nights Of Fright 6 di Sunway Lagoon. Bermula 28 September lalu, banyak hantu terlepas dalam Sunway Lagoon dan bakal menghantui anda jika anda ke Night Of Fright 6. Ini merupakan kali keenam menganjuran Night Of Fright 6 di Sunway Lagoon. Apa yang menarik dekat Night Of Fright 6 ? Momi kongsikan pengalaman menarik di Night Of Fright 6 di Sunway Lagoon.
Pembukaan Nights Of Fright 6 |
Dengan harga RM69 sebenarnya berbaloi bila masuk dalam Night Of Fright 6 ni. Disini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti 'Haunted Attraction', 'Scare Zone', 'Show Section' , 'Dining' dan banyak lagi. Tarikan utama semestinya 'Haunted Attraction' yang sememangnya Momi nak masuk dan lalui sendiri pengalaman masuk rumah hantu. Mari kita zoom sikit tarikan rumah hantu Night of Fright 6 :
Wendigo- The Legend in the Mist
Ini adalah rumah hantu pertama yang Momi masuk. Ia bukanlah rumah hantu dalam bangunan, ia berada disebuah kawasan seperti ditinggal dan terdapat banyak hantu pelik dalam kawasan ini. Kami berjalan sambil pegang tali dan melalui keseluruhan kawasan ini. Setiap langkah kami kena berjaga-jaga sebab disini ada raksasa yang bersemangat karnibal.
Phobia : Coulrophobia – The Fear of Clowns
Tak semua orang suka dengan badut. Di Phobia, inilah tempat untuk anda buang rasa takut dengan badut. Dalam ini penuh dengan badut yang menyeramkan, hati-hati sesama menunggu masuk mungkin badut jahat ini akan ganggu anda. Wajib cuba!
Slaughterhouse 13 - Incident at the Slaughterhouse
Dekat sini kami kena jalan berpasangan sebab kami kena masuk rumah penyembelihan & pembungkusan daging milik Chan. Dalam rumah ini memang seram dengan kehadiran beberapa makhluk seram yang pasti buat anda menjerit.
Garangnya ! |
Ghost Face - The Face to Make You Scream in UV3D
This is a good one. Dekat sini , anda akan rasai pengalaman masuk rumah hantu dengan memakai spec 3D. Penuh dengan wajah hantu "Scream" tapi memang tak boleh agak yang mana satu yang sebenar. Dekat sini Momi jerit sekuatnya haha.
ScaryTales Theater - Ghost Stories
Dekat sini, anda akan rasai bagaimana menonton kisah hantu di skrin hadapan sambil duduk ditempat duduk yang disediakan. Sambil itu, anda akan melihat beberapa hantu yang berkeliaran semasa kisah ditayangkan. Memang seram. Kebetulan dua hari sebelum itu Momi menonton filem "Hell Fest", tiba-tiba muncul seseorang yang misteri. Siapakah dia?
Awass! |
Zombie Zoo - Who Let the Dog’s Out!
Semua orang tahu Zombie memang wujud hanya di Sunway Lagoon. Rasai pengalaman memasuki Zombie Zoo. Awas, silap-silap kena kejar dengan zombie ya. hehe.
Waktu Beroperasi Nights Of Fright 6
Waktu beroperasi Nights Of Fright 6 di Sunway Lagoon adalah pada setiap hari Jumaat - Ahad dari jam 7.30 malam - 11.30 malam. Nights Of Fright 6 bermula 28 September 2018 - 31 Oktober 2018.
Kita bagi heart sikit hehe. |
Harga Tiket Nights Of Fright 6
Harga Tiket masuk ke Nights Of Fright 6 adalah RM69. Boleh lihat senarai harga disini.
Kesemua gambar kredit to Epul Ejam. Jangan lupa ikuti beliau di Instagram sekarang!
Epul Ejam - Instagram
Seen Graphy - Instagram
Untuk maklumat lanjut mengenai Night of Fright 6 dan Sunway Lagoon, sila layari laman web rasmi Sunway Lagoon. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi +6 03 5639 0000 atau ikuti mereka dia Facebook dan Instagram. Cabar tahap keberanian anda di Night Of Fright 6 sekarang !
Pengalaman Ke Night Of Fright 6, Sunway Lagoon |
Epul Ejam - Instagram
Seen Graphy - Instagram
Untuk maklumat lanjut mengenai Night of Fright 6 dan Sunway Lagoon, sila layari laman web rasmi Sunway Lagoon. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi +6 03 5639 0000 atau ikuti mereka dia Facebook dan Instagram. Cabar tahap keberanian anda di Night Of Fright 6 sekarang !
0 Comments