McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang

McD Turun Padang - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa disini penggemar makanan McDonald's? Ya, pastinya ramai diantara anda yang pasti selalu ke McDonald's. Baru-baru ini Momi berkesempatan untuk menghadiri 'Hari McD Turun Padang' yang bertempat di McDonald's Desa Aman Puri di Kepong, Selangor.

Sebelum menghadiri 'Hari McD Turun Padang' ini, Momi dikehendaki untuk mengambil suntikan Thypoid untuk makanan dan minuman. Sebab apa tu? Sebab Momi bakal dilatih untuk bekerja di McDonald's. Jom baca pengalaman Momi bekerja di McDonald's pada 5 Oktober lalu.

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Momi bersama staff McDonald's Desa Aman Puri

Hari McD Turun Padang
Untuk pengetahuan anda, 'Hari McD Turun Padang' merupakan acara tahunan untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada 12,000 warga kerja restoran McDonald's Malaysia. Secara tidak langsung ia menghargai komitmen dan dedikasi pekerja restoran McDonald's yang menjadi tunjang kepada kejayaan McDonald's.

200 orang yang dikecilkan dari 2-3 orang sahaja untuk menyertai 'McD Turun Padang' ini termasuk para pekerja, franchise dan rakan kongsi McDonald's Malaysia, ke lebih 100 McDonald's di Malaysia termasuk rakan niaga utama; Datuk Kamal Bin Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio.

Datuk Ahmad Izham Omar tengah isi fun fries di McDonald's Mutiara Damansara.

Baru-baru ini, McDonald's telah menerima anugerah iaitu;
  • Anugerah Majikan Terbaik di Malaysia 2018 daripada AON,
  • Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2018 (Edisi Malaysia) daripada HR Asia,
  • Majikan Francais Terbaik 2018 daripada Anugerah Francais Malaysia.

Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's
Pada jam 3.00 petang, Momi bersama rakan Blogger, Yuyu Zulaikha dibawa oleh pengurus  McDonald's Desa Aman Puri ke sekitar restoran. Menariknya tour ini menerangkan setiap tempat dalam restoran termasuk bahagian dapur, stor, ruang makan pekerja, peti sejuk, drive-thru dan banyak lagi. Selepas hampir setengah jam tour, kami diberikan tugas masing-masing. Nak tahu apa yang Momi buat dalam McDonald's, berikut adalah tugasannya : 

1. Drive-Thru
Section yang paling Momi nak cuba dekat McDonald's. Walaupun macam fefeeling DJ atau rapper, tetapi berada dibahagian ini sangat menyeronokkan. Semasa drive-thru ada 3 bahagian iaitu bahagian ambil order, bahagian bayar dan bahagian ambil makanan. Momi ditugaskan untuk menjaga bahagian pelanggan yang ambil makanan.

Sibuknya Momi masa ini walaupun tengah nervous. hehe

Disini perlukan sedikit ketelitian pada pesanan yang dibuat untuk memastikan semua makanan cukup dan selamat dibagi pada pelanggan. Selain itu, Momi kena menyediakan air (jika ada pesanan untuk air), sos cili dan tisu untuk diletakkan dalam bungkusan makanan. Ucap "Selamat Datang Ke McDonald's", beri makanan dan ucap "Terima Kasih, Datang Lagi". Serius, memang best hehe.

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Nampak tenang tapi sebenarnya customer tengah tunggu tu. haha

2. Fun Fries
Kebanyakkan set McDonald's pasti termasuk dengan kentang goreng (fun fries), jadi untuk mengekalkan kepanasan fun fries ini, memerlukan kepantasan sebenarnya. Momi diajar cara menggoreng fun fries dan seterusnya, masukkan ia dalam bekas. Fun fries ini digoreng mengikut permintaan untuk memastikan ia kekal panas. Nampak tak gigih tu? (Rujuk gambar bawah)

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Momi tengah isi fun fries. Siapa nak?

3. Burger
Ini paling mencabar diantara semua tugasan sebab dekat area dapur, kawasan ini memerlukan kepantasan untuk membuat burger dengan kesemua alat dan bahan yang sudah disediakan. Momi di ajar oleh staff McDonald's yang berpengalaman selama 4 tahun untuk menyiapkan 'Burger' dalam masa yang ditetapkan. Nampak mudah tetapi ia memerlukan kepantasan dan ingatan yang kuat untuk berada di section ini.

Mula-mula kena lihat berapa order yang masuk di skrin. Seterusnya, kena pastikan 5 roti yang digunakan untuk pelbagai menu burger, kemudian kepada pastikan permintaan pelanggan seperti tidak mahu sos, keju dan sebagainya. Memang WAJIB hafal nama-nama sos dan bahan yang digunakan dalam setiap makanan. Momi berkesempatan untuk menyediakan lebih dari 5 burger dan siap dengan jayanya dengan hasil bantuan staff McDonald's. Memang 'salute' dekat mereka yang bekerja di section ini.

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Bahagian kaunter dan dapur McDonald's Desa Aman Puri

4. Makanan Untuk Staff
Ini paling seronok! Selepas selesai semua tugasan, akhirnya kami diberi makanan percuma seperti pekerja McDonald's. Momi sangat suka dengan Ayam Goreng McD Spicy, jadi Momi memilih set tersebut bersama air dan sundae Coklat. Alhamdulillah! Memang seronok. | McD Turun Padang - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang !

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Nyums! Love this.

Terima kasih McDonald's Malaysia terutamanya McDonald's Desa Aman Puri diatas pengalaman dan tunjuk ajar yang cukup berharga ini. Semua staff McDonald's Desa Aman Puri sangat sporting dan sentiasa senyum. Momi tidak pernah bekerja di mana-mana restoran, dan rasanya pengalaman ini pastinya akan Momi ingat sampai bila-bila.

McD Turun Padang Day - Pengalaman Momi Bekerja Di McDonald's Sempena Hari McD Turun Padang
Borak selepas bekerja. Gitu.

Terus-terang Momi boleh katakan Momi seronok dapat merasai pengalaman seperti ini walaupun hanya sekejap, memang 'salute' kepada mereka yang bekerja di McDonald's termasuk kecekapan dan disiplin mereka. Semoga McDonald's terus maju dan lebih maju pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia jangan lupa layari laman web rasmi McDonald's Malaysia

Post a Comment

0 Comments