Sichuan 2018 Food Fiesta Di Hotel Dorsett Terpilih Bermula 4 Ogos Hingga 29 Ogos 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah tak makan masakan dari Sichuan? Momi pertama kali dalam sejarah hidup bakal merasai masakan dari Sichuan. Baru-baru ini Momi dijemput ke Dorsett Grand Subang sempena "Sichuan 2018 Food Fiesta" yang berlangsung dari 4 Ogos hingga 29 Ogos ini. Apa yang menariknya masakan dari Sichuan ini? Jom baca kisah selanjutnya.
|
Poster Athentically Sichuan Food Fiesta 2018 |
Dorsett Hospitality International melancarkan promosi makanan dari Sichuan 2018 di hotel Dorsett terpilih seluruh Malaysia iaitu
Dorsett Grand Subang, Dorsett Grand Labuan. Dorsett Kuala Lumpur dan
Dorsett Putrajaya. Untuk promosi makanan dari Sichuan ini, Dorsett menampilkan dua chef guest dari Dorsett Grand Chengdu iaitu Cher Harley dan Chef Teresa.
Masakan dari Sichuan merupakan salah satu masakan cina yang berasal dari Wilayah Sichuan yang terletak di negara China. Ia dikenali dengan rasa yang hangat terutamanya rasa kepedasan yang menggunakan bawang putih dan lada cili termasuk rasa lada dari Sichuan. Pastinya hidangan-hidangan ini akan membawa rasa manis dan lidah akan pasti akan rasa berapi selepas makan hehe.
|
Cher Harley dan Chef Teresa |
Menu Authentically Sichuan 2018
Mestilah anda nak tengok apa yang Momi makan masakan dari Sichuan kan? Okay, hidangan Momi dimulakan dengan pembuka selera iaitu
'Tossed Black Fungus with Vinegar', 'Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan', 'Tossed Chicken with Sichuan Spices' dan
'Sliced Chicken with Hot & Spicy Sauce'. Untuk pembuka selera ni, Momi suka 'Tossed Chicken with Sichuan Spices' dengan 'Sliced Chicken with Hot & Spicy Sauce'. Memang sedap!
Seterusnya, Momi dapat rasa 'Double Boiled Matsutake Mushrooms Soup with Duck'. Well, tak sangka berjaya habiskan soup tu. Dapat menghilangkan rasa pedas sekejap. Kemudian, dihidangkan pula dengan hidangan utama yang terdiri daripada
"Chongqing" Style Deep-fried Crispy Chicken With Dried Chilies', 'Deep-fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce', 'Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic' dan
'Mapo Tofu'. Kepada penggemar makanan pedas, anda
WAJIB cuba hidangan utama ni terutamanya "Chongqing". Momi cuba satu suap je
then I surrender! haha
|
Deep-fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce |
|
Mofu Tofu |
|
"Chongqing" Style Deep-fried Crispy Chicken With Dried Chilies' |
|
Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic |
Akhir sekali selepas merasai kehangatan masakan Sichuan, Momi dapat rasa pencuci mulut yang segar dan manis iaitu
"Panda Shaped Bun" dan
"Rice Jelly with Nuts". Dua-dua memang Momi suka sebab rasa dia buat Momi berada diawang-awangan gitu hahaha.
|
Panda Shaped Bun |
|
Rice Jelly with Nuts |
Kuih Bulan Halal Di Dorsett
Menariknya sempena bulan Ogos ini juga, Dorsett turut menjual tiga seleksi Kuih Bulan (Moon Cake) halal bermula 8 Ogos sehingga 24 September 2018. Untuk tempahan dan promosi tentang kuih bulan ini, anda boleh
layari dilaman khas ini.
Jadual Authentically Sichuan 2018 Di Dorsett
4 Ogos - 14 Ogos - The Emperor Chinese Restaurant, Dorsett Grand Subang
6 Ogos - 14 Ogos - Cita Rasa Restaurant, Dorsett Putrajaya
15 Ogos - 21 Ogos - Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
23 Ogos - 29 Ogos - Victoria's Brasserie, Dorsett Grand Labuan
Tunggu apa lagi gais, jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan hangat berapi dari Sichuan, China lagi-lagi yang suka pedas tu memang kena cuba makan hehe. Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Sichuan 2018 Food Fiesta Di Dorsett, sila hubungi 03 5031 6060 atau email ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com . Selamat mencuba !
2 Comments