|
Pengalaman Menginap 2 Hari 1 Malam Di Putrajaya Marriott Hotel |
Pengalaman Menginap 2 Hari 1 Malam Di Putrajaya Marriott Hotel | Assalamualaikum & Salam sejahtera gais! Rasanya dah lama tak chill-chill hujung minggu dekat hotel ni, kali terakhir rasanya tahun lepas. Jadi baru-baru ini Momi diberi peluang untuk menginap di sebuah hotel lima bintang dan terkemuka di Putrajaya iaitu Putrajaya Marriott Hotel. Entri kali ini Momi nak kongsikan kepada anda pengalaman semasa menginap 2 hari 1 malam di Putrajaya Marriott Hotel.
|
Grand Lobby Di Putrajaya Marriott Hotel |
Grand Lobby, Putrajaya Marriott Hotel
Setibanya Momi dekat Putrajaya Marriot Hotel, Momi rasa teruja dan tak sabar untuk melihat keseluruhan hotel. Setahu Momi,
Putrajaya Marriott Hotel terletak di kedudukan yang strategik di Putrajaya dan hanya 25 minit perjalanan dari bandar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Sepang International Circuit.
|
Santai Di Grand Lobby Putrajaya Marriott Hotel |
Bila melihat grand lobby-nya, rasa terpukau dengan kecantikannya dimana ia berkonsepkan kombinasi dari
Mediterranean dimana ia memiliki seni bina Morish dan rekaan dalaman seperti daun palma. Memang cantik. Baru tahu, rupanya
Putrajaya Marriott Hotel baru sahaja selesai melakukan pengubahsuaian pada grand lobby. Jika dilihat memang cantik dan
classy dengan susun atur tempat duduk yang selesa.
|
Lobby Putrajaya Marriott Hotel. |
|
Lobby Putrajaya Marriott Hotel. |
Executive Deluxe Room, Putrajaya Marriott Hotel
Berdebar rasanya nak tahu Momi dapat bilik manalah kan? Mana tidaknya
Putrajaya Marriott Hotel memiliki 380
guestrooms, 73
executive rooms dan 35
exclusive suites. Untuk pengetahuan anda, kesemua bilik telah diubahsuai dan diperbaharui bermula tahun 2017 mengikut
standard yang ditetapkan oleh Marriott. Momi diberitahu mereka telah menukar beberapa kelengkapan didalam bilik.
|
Suasana Dalam Executive Deluxe Room |
|
Suasana Dalam Executive Deluxe Room |
Momi dapat bilik
Executive Deluxe Room yang bernombor
"862". Bila buka bilik, Momi rasa teruja terus terjun ke katil dengan tilam yang empuk tu. Serius selesa ya. Rasa macam nak tidur kejap haha. Sebelum turun untuk menikmati hidangan tengah hari, Momi sempatlah meneroka sekitar bilik
Executive Deluxe Room. Apa yang Momi boleh katakan ia serba lengkap dengan pelbagai peralatan.
|
Bestnya Tidur hehe. |
Bermula dari bilik air yang serba lengkap dan mewah dengan adanya
bath tub dan
glass shower. Ruangnya boleh dikatakan besar dan selesa. Jadi memang nak mandi dua tiga jam pon menarik juga ni hehe. Seterusnya, Momi melihat bahagian almari yang lengkap dengan alatan strerika, penyangkut baju dan baju tidur. Tidak ketinggalan ruangan mini bar dan
coffee.
|
Bath Tub & Shower |
|
Pose Sikit. |
|
Antara kelengkapan Dalam Executive Deluxe Room. |
Kita ke ruangan katil pula. Kalau katil memang tak boleh tolak ya, sememangnya ia menggunakan tilam dan bantal yang empuk dan tilam tambahan supaya ia lebih tinggi. Selain itu, ia lengkap dengan TV LCD, telefon IDD, kemudahan internet dan ruang untuk buat kerja. Bagi Momi,
Executive Deluxe Room ini sangat selesa, serba lengkap dan memang sesuai untuk mereka yang datang untuk
trip kerja.
|
Serius selesa duduk atas sofa empuk ni hehe. |
|
Antara kelengkapan Dalam Executive Deluxe Room. |
|
Antara kelengkapan Dalam Executive Deluxe Room. |
Kemudahan Di Putrajaya Marriot Hotel
Ada beberapa kemudahan yang menarik yang disediakan dekat
Putrajaya Marriot Hotel. Momi senaraikan kemudahannya :
- Bagi mereka yang ingin rileks dan bermanja-manja, anda bolehlah singgah ke Dewi Teratai Spa.
- Disediakan Fitness Centre untuk mereka yang ingin mengekalkan rutin workout seharian.
- Swimming Pool untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Untuk kanak-kanak pula, turut disediakan Kiddies World yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai.
- Perkhidmatan Van ke IOI City Mall Putrajaya. Rasanya jalan kaki 7-10 minit jika anda nak ke IOI City Mall Putrajaya.
|
Kiddies World |
|
Swimming Pool |
Tempat Makan Di Putrajaya Marriott Hotel
Di
Putrajaya Marriott Hotel, terdapat beberapa restoran dan tempat makan yang menarik yang boleh dikunjungi antaranya '
Summer Palace' (restoran makanan China), '
Midori' (restoran makanan Jepun), '
Tuscany Italian-American Restaurant & Tuscany Bar & Bistro' (restoran makanan Itali), '
d'Oracle Coffee Lounge' (untuk seleksi pastri & kek) dan
Zest Lifestyle Restaurant. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi tempat makan di Marriott Putrajaya, anda boleh layari laman web
"Marriott Putrajaya". Semasa 2 hari 1 malam, Momi berpeluang merasai beberapa hidangan dari restoran terpilih.
Summer Palace
|
Sekitar di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Seleksi Hidangan di Summer Palace |
|
Mooncake Istimewa Summer Palace |
Tuscany Italian-American Restaurant
|
Seleksi Hidangan di Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Seleksi Hidangan di Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Seleksi Hidangan di Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Seleksi Hidangan di Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Seleksi Hidangan di Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Sekitar Tuscany Italian-American Restaurant |
|
Sekitar Tuscany Italian-American Restaurant |
Zest Lifestyle Restaurant
|
Seleksi Hidangan Di Zest Lifestyle Restaurant |
|
Seleksi Hidangan Di Zest Lifestyle Restaurant |
|
Nasi Lemak |
|
Roti Tisu kegemaran ramai di Zest Lifestyle Restaurant. |
|
Sekitar Restoran Zest Lifestyle |
Terima kasih Momi ucapkan kepada
Putrajaya Marriott Hotel diatas jemputan untuk menginap selama 2 hari 1 malam disini. Pengalaman yang tak dapat Momi lupakan. Dari bilik sampailah ke makanan yang disediakan memang terbaik! Untuk maklumat lanjut mengenai
Putrajaya Marriott Hotel, sila layari laman rasmi
Marriott Putrajaya Hotel. Jangan lupa ikuti promosi dan perkembangan terkini
Putrajaya Marriott Hotel di sosial media iaitu
Facebook dan
Instagram.
2 Comments