Buffet Ramadhan 2018 - Buka Puasa Juadah Kampung Di Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Bagi anda yang mencari bufet Ramadan sekitar Kuala Lumpur, apa kata anda cuba berbuka puasa di Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Dengan berkonsepkan "Juadah Kampung", anda bakal menikmati hidangan dari kampung dan juga 'western' dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut.
Terdapat lebih 100 jenis pilihan makanan yang dihidangkan di Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Antara hidangan yang anda wajib cuba ialah Ikan Goreng Serai, Daging Kicap Dengan Kacang Pis, Sambal Udang Petai, Daging Pedas, Itik Golek, Ketam Masak Sos Tomato, Ayam Masak Kuning, Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kuning Dengan Ubi Kentang dan Udang Goreng Manis. Untuk pengetahuan anda, kesemua ini merupakan menu yang diambil dari buku "Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku" iaitu menu kesukaan Perdana Menteri Pertama Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Menarik kan?
Terdapat 8 buah stesen makanan yang akan bertukar menunya setiap hari terdiri daripada masakan panas, stesen salad dan bumbu sejuk, stesen indoor stall, sup stesen, pencuci mulut, stesen kerabu, dan BBQ.. Menariknya, gerai makanan di bahagian luar menyediakan menu seperti Roti Pita Ayam, Murtabak dengan Kari Ayam, Sup Gearbox/Sup Campur, Nasi Bukhari, Lok-Lok, Roti Canai, Rojak Sotong Kanjung, pelbagai Dim Sum, Ais Kacang, Teh Tarik dan Ais Krim Kontiki. Kesemua gerai ni wajib untuk anda cuba. Momi memang teringin makan Dim Sum masa ni, terus ambil sepinggan Dim Sum tau hehe.
Paling Momi tunggu ialah pencuci mulut. Serius banyak ya pencuci mulut yang Kontiki hidangkan. Memang rambang mata tengok semua ni. Itu tak termasuk dengan 20 jenis kuih-muih tempatan yang mesti cuba. Selain itu, turut disediakan dodol kampung, wajik, 8 jenis pastri Perancis, 4 jenis kek, tat, puding, bubur buah, agar-agar dan lain-lain. Berbaloi dengan harga yang anda bayar!
Harga Buffet Ramadhan 2018 Di Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur

Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2018 di Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur bermula 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dari 7.00 malam hingga 9.30 malam. Harga Buffet Ramadhan Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM138/ Nett
- Kanak-Kanak (Seorang) - RM35/ Nett
- Warga Emas (Seorang) - RM69/ Nett
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur , sila hubungi +603 21489166 atau email ke fnb@federal.com.my. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Kontiki, The Federal Hotel Kuala Lumpur, sila layari laman web rasmi Kontiki dan ikut mereka di Facebook, Twitter dan Instagram. Selamat berbuka puasa !
0 Comments