Buffet Ramadan 2018 - Buka Puasa Rasa Rasa Ramadan Di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Bagi anda yang mencari bufet Ramadan sekitar Seri Kembangann, apa kata anda cuba berbuka puasa di Abdul & Charlie, Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan. Dengan berkonsepkan "Rasa-Rasa Ramadan", anda bakal menikmati hidangan dari Thailand dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut.
Terdapat lebih 300 jenis pilihan menu tradisi masyarakat tempatan dan seleksi menu kegemaran Asia dari ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, live action stall dan menu pencuci mulut yang pasti buat anda rasa nak tambah lagi dan lagi. Antara menu yang anda wajib cuba di bufet Philea Mines Beach Resort ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Kari Kepala Ikan Merah, Gulai Kawah Daging, Sup Tulang Rusuk Lembu, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Serawa Durian, Satay dan banyak lagi.
Selain dari menu diatas, Philea Mines Beach Resort juga menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Gerai Mee Rebus, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan Gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng. Tidak lupa ada Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy yang dimasak dan siap dipotong untuk dimakan.
Tidak lupa, pastinya pencuci mulut yang Momi nantikan. Pelbagai pencuci mulut dari buah-buahan, kek, roti, pudding, agar-agar dan banyak lagi. Paling menarik, Philea Mines Beach Resort turut sediakan Aiskrim Malaysia kegemaran orang kita. Memang banyak kali repeat makan aiskrim tu hehe.
Harga Buffet Ramadhan 2018 Di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan

Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2018 di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan bermula 21 Mei 2018 - 13 Jun 2018 dari 6.30 malam hingga 10.30 malam. Harga Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM85 / Nett
- Kanak-Kanak (6-11 Tahun) - RM45 / Nett
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM45 / Nett
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan , sila hubungi +60 196001529 atau +60 196001455 atau email ke fnb.pm@phileahotel.com.my . Selamat berbuka puasa !
0 Comments