Sekitar Program Kembara Ilmu 2018 di Laman Ilmu, Kota Seriemas | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini Momi menghadiri Program Kembara Ilmu 2018 yang diadakan pada Sabtu, 6 Mei 2018 di Laman Ilmu, Kota Seriemas, Nilai. Momi bersama Mawardi dan Fauzi Aryaan menyertai beberapa aktiviti riadah menarik sepanjang majlis berlangsung. Apa yang menariknya Program Kembara Ilmu 2018 ini? Jom sambung baca.
Program Kembara Ilmu 2018 ini merupakan inisiatif PNB Development (PNDB) dan Pebandaran Kota Seriemas dengan kerjasama Majlis Pebandaran Nilai yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Mampan Agenda 21. Program yang menerima kehadiran lebih 300 peserta ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Hasim Rusdi (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan) bersama Y.Bhg Dato' Haji Halim Haji Abdul Latif (Yang Dipertua Perbandaran Nilai).
Aktiviti Program Kembara Ilmu 2018
Mereka yang hadir ke Program Kembara Ilmu 2018 ini dapat menyertai beberapa aktiviti-aktiviti riadah menarik seperti demonstrasi makanan sihat oleh Chef terkemuka, menanam pokok Herbal seperti pokok serai, kari, halia, kunyit dan lengkuas yang ditanam sendiri oleh penduduk Kota Seriemas di Laman Bakawali, Kemboja, Alamanda dan Cempaka.
Selain itu, turut diadakan aktiviti gotong-royong membaiki tempat duduk yang rosak di Tasik Ilmu. Yang menariknya Y.B Dato' Hasim Rusdi dan Y.Bhg Dato' Haji Halim Haji Abdul Latif juga turut membantu membaiki tempat duduk yang rosak.
Bukan itu sahaja, peserta juga turut mengambil bahagian dalam lukisan Mural berdasarkan alam semula jadi di atas tembok-tembok yang disediakan di Tasik Laman Ilmu. Selain itu juga, pertandingan Kembara Ilmu turut dijalankan dimana ia memerlukan peserta-peserta menjawab dua soalan bagi mengenal pasti jenis-jenis pokok herba menerusi 5 deria. Hadiah menarik menanti para pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.
Sememangnya aktiviti-aktiviti yang diadakan ini disasarkan kepada penduduk dan masyarakat setempat bagi mengeratkan hubungan sesama mereta, serta memperkenalkan konsep kehidupan sihat disamping menjaga alam sekitar dengan aktiviti menanam tanaman herba sayur-sayuran. Program ini perlu diadakan pada masa akan datang bagi meningkatkan persefahaman terhadap kehendak dan keperluan hidup masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kota Seriemas, sila ikuti perkembangan mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.
0 Comments