Lavand - Manisan Baklava Premium & Coklat Di Lavand & Day Dreamer Cafe | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Peminat coklat sila bersiap sedia sebab anda pasti akan teruja melihat seleksi coklat di Lavand. Baru-baru ini, Momi berkesempatan untuk ke Lavand & Day Dreamer Cafe untuk sesi pengenalan produk keluaran Lavand dan kafe-nya. Bukan sahaja coklat, malah Lavand juga membuat Baklava yang segar dari dapurnya sendiri. Let's kita tengok apa lagi yang menarik mengenai produk keluaran Lavand & kafenya.
Mengenai Lavand
Lavand mula beroperasi sejak tahun 2004. Dalam masa 14 tahun ini, Lavand mempunyai 3 cawangan yang dibuka sekitar Malaysia iaitu Lavand & Day Dreamer Cafe yang terletak di Bukit Damansara sebagai main central office, kedua di BIG Damansara City Mall dan yang ketiga di Jason Food Hall di BSC. Tidak lama lagi, Lavand akan membuka cawangan keempatnya di Four Season Hotel Kuala Lumpur.Untuk pengetahuan anda, Lavand merupakan yang pertama menjual Baklava premium dan masih kekal sehingga kini. Mereka juga menghasilkan coklat dan hamper sendiri untuk dijual.
Momi berkesempatan bertemu dengan pemilik dan pengasas Lavand, Puan Sheerin. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai koko dan penghasilkan Baklava di Lavand. Selain dari Baklava premium, Lavand juga menyediakan perkhidmatan untuk menghasilkan coklat mengikut kehendak pelanggan. Lavand menggunakan coklat yang diimport khas dari Switzerland dan menggabungkan ia dengan pelbagai perasa untuk pengalaman coklat yang lebih menarik.
Coklat
Boleh gila rasanya tengok pelbagai jenis coklat dihidangkan kepada kami. Lagi-lagi boleh cuba rasa semua sekali, tak tahu nak mula yang mana satu hehe. Oh ya, coklat yang digunakan oleh Lavand dalam setiap produknya adalah coklat pure dengan kandungan 60 hingga 75 percent kandungan coklat. Rasanya sedikit pahit tapi sedap gitu.
Baklava Premium
Sejujurnya ini pertama kali Momi dengar mengenai Baklava dan ini adalah kali pertama Momi cuba makan baklava. Baklava sebenarnya adalah manisan yang diperbuat daripada lapisan doh yang digiling nipis sebanyak 40 lapisan, diletakkan pelbagai jenis kekacang dan butter sebelum dibakar di dalam ketuhar. Yang menariknya, Baklava yang dikeluarkan daripada oven mampu bertahan selama 6 bulan.
Momi juga diberi peluang untuk sendiri cara pembuatan Baklava Premium dari dapur Lavand & Day Dreamer Cafe. Rasa curious dengan rasanya pada awalnya, how its gonna be like? Suapan pertama ke dalam mulut ini rasa sangat sedap. Anda juga kena cuba!
Hamper Sempena Ramadhan 2018
Istimewa sempena Ramadhan yang bakal tiba nanti, Lavand menyediakan perkhidmatan untuk Baklava premium atau coklat sebagai hamper kepada pelanggannya yang ingin menjadikan Baklava dan pelbagai jenis coklat sebagai souvenir atau hadiah. Jangan lepaskan peluang sebab Lavand bermurah hati memberi sebanyak 10% diskaun dengan kod promo : LAVANDEVENT2018 bagi setiap tempahan sebelum 15 Mei 2018. | Lavand - Manisan Baklava Premium & Coklat Di Lavand & Day Dreamer Cafe
Untuk maklumat lanjut mengenai Lavand, anda boleh layari laman sesawang rasmi Lavand. Selain itu, anda boleh ikuti Lavand di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini mereka atau hubungi 03-2095 5154 atau 012-3181922.
Alamat Lavand & Day Dreamers Cafe
No. 46, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Buit Damansara
40490 Kuala Lumpur
0 Comments