Saksikan Program Permainan Interaktif Jom Cabar Di hurr.tv ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Jika sebelum ini Momi pernah update mengenai rancangan 'Muzik Jam' di hurr.tv, kali ini Momi nak kongsi kepada anda mengenai sebuah lagu rancangan menarik di hurr.tv yang berkonsepkan permainan interaktif iaitu 'Jom Cabar'. Program 'Jom Cabar' ini menampilkan personaliti media sosial bersama pelajar-pelajar universiti dan kolej tempatan yang bersaing dalam beberapa siri cabaran khas.
‘Jom Cabar’ adalah program penutup yang terdapat dalam siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan Facebook, YouTube, Instagram) anjuran hurr.tv di lima universiti dan kolej tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia membariskan personaliti media sosial seperti Faizdickie, Ucop, Zukie dan Dr. Say Shazril bersama-sama dengan pelajar universiti dan kolej tempatan.
Konsep ‘Jom Cabar’ membabitkan tiga cabaran yang berlainan. Cabaran pertama adalah permainan ayat di mana dalam sesi ini personaliti media sosial akan membacakan perkataan yang berbelit atau ‘tongue twister’. Pelajar kemudiannya perlu menyebut perkataan tersebut secara berturutan atau secara terbalik. Cabaran kedua pula membabitkan permainan fizikal. Personaliti media sosial bersama pelajar perlu bermain beberapa jenis permainan seperti badminton dan bola. Permainan ini nampak mudah, namun dengan olahan atau ‘twist’ yang direka oleh pihak produksi, pelajar pastinya
mempunyai kesukaran untuk memenangi segmen berkenaan.
Manakala cabaran ketiga pula adalah permainan ‘Gun-Ba-Ka’ atau lebih dikenali sebagai permainan tangan ‘Gunting-Batu-Kertas’. Uniknya, cabaran ini menampilkan dua personaliti media sosial bersama seorang pelajar. Jika seperti kebiasaan permainan ini membabitkan sebelah tangan sahaja, namun ‘Gun-Ba-Ka’ memerlukan pelajar menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memenangi segmen berkenaan menewaskan personaliti-personaliti terbabit. Ketiga-tiga cabaran ini memberikan pelajar hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar Oppo F5. Wah bestnya!
Episod web pertama ‘Jom Cabar’ membabitkan personaliti media sosial Ucop dan Faizdickie bersama pelajar-pelajar UKM. Di episod web kedua pula, saksikan aksi personaliti media sosial Dr Say Shazril dan Kak Leha Bunting (Faizdickie) bersama pelajar-pelajar UiTM. Bagi anda yang terlepas untuk menyaksikan episod berkenaan, boleh ke pautan ini:
Saksikan ‘Muzik Jam’ yang dibawakan oleh muca dan MyMotor pada setiap hari Jumaat bermula pukul 6.00 petang eksklusif hanya di hurr.tv. Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv sila layari laman web hurr.tv dan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai 'Muzik Jam' dan program baharu sila ikuti laman media sosial hurr.tv di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube hurr.tv.
0 Comments