Buffet Ramadhan 2018 - Citarasa Ramadan Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Rata-rata ramai yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun sahabat handai. Apa kata anda cuba berbuka puasa di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang. Buka puasa yang berkonsepkan "Citrasa Ramadan" ini menghidangkan seleksi makanan melayu dan western.
Sempena Ramadan 2018, Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang telah menghidangkan pelbagai masakan yang menarik seperti Kambing Panggang bersama Mandi Rice, Briyani Gam bersama pilihan kambing, ayam atau daging, Steamed Red, Pomfret atau Seabass dan yang paling menarik ialah Sup Gearbox yang dihidangkan bersama Roti Benggala.
Selain itu, Momi sempat cuba rasa Kuey Teow Goreng yang panas-panas lagi, lepas baru dimasak. Memang menyelerakan. Geram tengok bahan-bahan dia seperti udang dan ayam tu hehe.Kemudian ada beberapa makanan yang best seperti Gulai Udang, seleksi Kerabu dan banyak lagi,
Tidak dilupakan pencuci mulut istimewa yang merupakan Aiskrim Turkish dalam empat perisa yang menarik iaitu coklat, vanilla, strawberi dan paling disukai ramai iaitu Durian D24. Patutlah hari tu Momi rasa ada rasa durian, rupanya memang ada durian lah. Terbaik ! Selain itu, ada beberapa pencuci mulut yang menarik seperti kuih muih melayu, buah-buahan, kek, mousse, pudding dan macam-macam lagi. Rambang mata Momi ya gais. hehe.

Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2018 di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang bermula 16 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dari 7.00 malam hingga 10.00 malam. Harga Buffet Ramadhan Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM165/ Nett
- Kanak-Kanak (Seorang) - RM83 / Nett
- Warga Emas (Seorang) - RM132 / Nett
Early Bird Offer!
Tempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang dari 16 Mac sehingga 16 Mei 2018 !
Beli Sebelum 16 Mei 2018 untuk potong 25% untuk DEWASA, KANAK-KANAK dan WARGA EMAS.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Buffet Ramadhan Di Terazza Brasserie, Dorsett Grand Subang , sila hubungi 03 5031 6060 atau email ke bookfnb.subang@dorsetthotels.com . Selamat berbuka puasa !
0 Comments