Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Penduduk sekitar Kajang dan Bangi yang sedang mencari tempat makan yang menarik untuk berbuka puasa nanti. Apa kata anda berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini membawakan kepada anda konsep masakan melayu dan Tradisional serta hidangan dari barat moden . Apa yang menarik untuk berbuka nanti?
Sempena Ramadan 2018, Bangi Golf Resort menghidangkan lebih 200 hidangan dari pembuka selera sehingga ke pencuci mulut makanan Melayu, Barat dan Timur. Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.
Menariknya untuk kali ini, hidangan eksklusif ialah Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Selain itu, anda bakal menikmati satay ayam dan daging serta Kuey Teow goreng dan Mee Mamak yang dimasak panas-panas tau. Menarik lagi, termasuk dalam bufet ialah Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara.
Antara hidangan lain yang bakal menanti ialah Nasi Kerabu, Laksa Sarawak dan Laksa Singapura, Nasi Ayam Hainan, Daging Masak Lada Hitam dan juga hidangan baru, Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega. Paling yang dinanti ialah pencuci mulut bila makan bufet. Di Bufet Ramadan Bangi Golf Resort menghidangkan Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato segar dengan perasa durian dan bunga kantan. Memang terbaiklah pencuci mulut ni.
Bagi anda yang ingin menikmati Durian, Bangi Golf Resort turut menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya. Selain itu, lebih 800 lot parkir disediakan. Paling penting, surau juga disediakan.
Menariknya untuk kali ini, hidangan eksklusif ialah Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. Di stesen ini, chef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. Selain itu, anda bakal menikmati satay ayam dan daging serta Kuey Teow goreng dan Mee Mamak yang dimasak panas-panas tau. Menarik lagi, termasuk dalam bufet ialah Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma, Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara.
Antara hidangan lain yang bakal menanti ialah Nasi Kerabu, Laksa Sarawak dan Laksa Singapura, Nasi Ayam Hainan, Daging Masak Lada Hitam dan juga hidangan baru, Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega. Paling yang dinanti ialah pencuci mulut bila makan bufet. Di Bufet Ramadan Bangi Golf Resort menghidangkan Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu serta puding, agar-agar dan buah-buahan. Tidak dilupakan juga, Gelato segar dengan perasa durian dan bunga kantan. Memang terbaiklah pencuci mulut ni.
Menarik kan? Okay, Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2018 iaitu dari 19 Mei 2018 - 13 Jun 2018 dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM59
- Kanak-Kanak (Seorang) - RM29.50
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bangi Golf Resort , sila hubungi 1700-81-8557 atau, sila layari laman web rasmi Bangi Golf Resort dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram sekarang!
1 Comments
A very full packed crowd has made the buka puasa event in Bangi Golf Resort a disaster.
Bangi Golf Resort SHOULD HAVE LIMITED the pax to 500 pax instead of 1200 pax.
We will never go there again.