8 Hidangan Menu Ala-Carte Dengan Harga RM25 Di Coffee House, Sunway Putra Hotel | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Entri kali ini Momi ingin kongsikan kepada tempat makan yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Kali ini kita cuba selera dekat Hotel pula. Percaya atau tidak, anda boleh makan dekat hotel dengan harga RM25. At first, Momi tak percaya tapi ternyata ia memang benar. Coffee House di Sunway Putral Hotel sedang menawarkan 8 hidangan menu set ala-carte dari hidangan antarabangsa dan juga hidangan tempatan. Best kan?
8 menu ala-carte tersebut boleh didapati setiap hari bermula pukul 11.00 pagi sehingga 10.00 malam. Memang sangat sesuai untuk mereka mencari tempat untuk makan tengah hari dan makan malam. Menariknya dengan RM25/nett anda akan dapat 1 dari 8 menu pilihan anda bersama sepotong 'cake-of-the-day' atau buah-buahan dan secawan teh atau kopi. Momi ingat dapat makanan dengan harga tu sahaja, rupanya ada kek dengan pilihan teh atau kopi, okaylah kan? Dengan tempat yang selesa dan ber-aircond gitu hehe.
Sekarang kita lihat pula, 8 menu ala-carte yang Momi sebut diatas. Coffee House menghidangkan empat (4) seleksi hidangan dari Asia iaitu 'Indonesian Fried Rice with Manjila Crackers', 'Vegetables Curry Tauhu with Jeera Pulou Rice', 'Fish Tikka with Naan Bread' dan 'Curry Noodle with Cockles'. Untuk empat hidangan lain pula ialah hidangan western yang terdiri dari 'Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread', 'Sunway Putra Club Sandwiches', 'Grilled Chicken Chop with Mashed Potato' dan 'Margherita Pizza'. Jom kita tengok sikit hidangan-hidangan yang pasti buat anda lapar ni :
Momi berkesempatan rasai kesemuanya. Untuk
personal favourite, Momi memilih
Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread' dan
'Grilled Chicken Chop with Mashed Potato' sebab dua hidangan ni buat Momi makan berulang kali. Lagi-lagi dihidangkan bersama kek, lagilah suka tau. Momi syorkan untuk anda yang cari tempat makan hotel yang murah, datanglah ke
Coffee House di Sunway Putra Hotel di Tingkat 9.
| 8 Hidangan Menu Ala-Carte Dengan Harga RM25 Di Coffee House, Sunway Putra Hotel
|
Secawan teh atau Kopi |
|
Cake-of-the-day |
ATAU
|
Buah-Buahan |
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi
03-4040 9988 atau email kepada
spkl.dine@sunwayhotels.com. Untuk melihat tawaran dan promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web rasmi
Sunway Putra Hotel dan anda boleh mengikut di
Facebook Page dan
Instagram.
p/s : Terima kasih Sunway Putra Hotel untuk 8 hidangan ini. Memang berbaloi!
6 Comments