Lulur Scrub Asianic - Kulit Jadi Lembut & Bersih Dengan Lulur Scrub Asianic | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa suka pakai scrub masa mandi? Tahukah anda
Asianic ada mengeluarkan produk
scrub yang best untuk anda cuba. Baru-baru ini Momi telah menghadiri
Blogger Gathering Bersama Asianic di
Baiwago Plus Cafe, Kuchai Lama dan Asianic telah memperkenalkan produk Lulur Scrub Asianic kepada para Blogger yang hadir.
|
Sesi Gathering Bermula |
Untuk pengetahuan anda, jenama Asianic ini terkenal dengan jenama tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk spa untuk penjagaan diri di rumah. Rasanya sangat berbaloi jika dibandingkan kos anda ke spa dan paling penting, produk keluaran Asianic mampu menjimatkan tenaga dan wang ringgit.
|
Variasi Lulur Scrub Asianic |
Kelebihan Menggunakan Lulur Scrub Asianic
Lulur Scrub Asianic merupakan salah satu produk penjagaan kulit badan agar sentiasa lembut, bersih dan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Ia dapat membantu membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati di samping dapat mencerah bahagian-bahagian anggota badan yang tersembunyi. Yang bestnya, scrub ini menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu, cerah dan dapat menghindarkan bau badan.
|
Salah Satu Scrub |
Jika anda menggunakan Lulur Scrub Asianic secara konsisten, ia dapat membantu memperbaiki tekstuk agar lebih tegang selain dari mengurangkan dehidrasi pada kulit badan. Untuk pengetahuan anda,
Lulur Scrub Asianic diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi untuk memberi kesan maksimum penggunaan. Bagi yang suka memanjakan diri dengan berlulur, Lulur Scrub Asianic adalah pilihan yang terbaik.
|
Empat variasi Lulur Scrub Asianic Yang Boleh Anda Pilih |
4 Jenis Pilihan Lulur Scrub Asianic
Untuk pengetahuan anda, Asianic telah mula mengeluarkan produk Lulur Scrub ini dalam empat variasi pilihan scrub mengikut citarasa anda : Lulur Scrub Delima, Lulur Scrub Betik, Lulur Scrub Susu Beras dan Lulur Scrub Seri 7 Bunga. Momi dah cuba pakai dan memang best pakai dekat tangan dan kawasan yang banyak daki. Momi pilih Lulur Scrub Betik sebab bau dia menarik hehe.
Cara Untuk Beli Produk Lulur Scrub Asianic
Untuk mendapatkan Lulur Scrub Asianic atau produk-produk keluaran Asianic, anda boleh dapatkan di hampir semua parasaraya besar di Malaysia, farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Selain itu, produk Asianic juga boleh dibeli melalui atas talian, antaranya AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my , Cmasa.my , Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman web rasmi Asianic.
|
Muka Gembira ! hehe |
Lulur Scrub Asianic ini dijual dengan harga
RM16.90 sahaja. Jom rasai pengalaman seperti di Spa 5 Bintang dengan Lulur Scrub Asianic dia rumah anda. Kalau best, kongsi dengan kawan-kawan ya hehe. Terima kasih Asianic kerana menganjurkan
Blogger Gathering Bersama Asianic. Kami sangat enjoy dengan hidangan yang disediakan oleh
Baiwago Plus Cafe, Kuchai Lama. Memang seronok dapat keempat Lulur Scrub Asianic. |
Lulur Scrub Asianic - Kulit Jadi Lembut & Bersih Dengan Lulur Scrub Asianic
0 Comments