KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda selalu tak jalan-jalan di Kuala Lumpur? Selalunya anda kalau ke Kuala Lumpur mesti akan menaiki kereta sendiri, ataupun kemudahan awam seperti LRT, MRT dan sebagainya. Apa kata anda rancang bersama keluarga atau rakan-rakan untuk pusing satu Kuala Lumpur dengan menaiki bas dua tingkat KL Hop-On Hop-Off. Baru-baru ini Momi sendiri merasai sendiri pengalaman menaiki bas KL Hop-On Hop-Off di sekitar Kuala Lumpur.

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Kaunter KL Hop-On Hop Off di Hentian ke-6 Bukit Bintang

Sebanyak 23 perhentian yang bas KL Hop-On Hop-Off akan berhenti dan ia meliputi 70 tarikan di sekitar Kuala Lumpur. Momi memulakan perjalanan ini dengan menunggu bas di perhentian ke-6, Sungei Wang bersama rakan-rakan Blogger untuk ke KL Bird Park (Hentian Ke-15). Momi guna peluang ini untuk merasai duduk diatas 'Open Deck' tingkat atas, nak rasa angin Kuala Lumpur katanya hehe. 

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Salah Satu Bas KL Hop-On Hop Off Dengan Bumbung Tertutup.

Serius memang sangat seronok ya dapat menaiki KL Hop-On Hop-Off dan merasai angin sepoi-sepoi bahasa walaupun panas terik masa itu. Sebenarnya tidak boleh berdiri semasa bas berjalan tetapi demi gambar yang cantik, Momi sanggup berdiri untuk 'pose' sikit dekat ruangan terbuka ini hehe. Selain itu, bagi mereka yang tidak suka pada ruang terbuka, boleh duduk di ruangan berhawa dingin dibahagian belakang bas atau dibawah. 

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Momi tetap pose ya di atas Bas KL Hop-On Hop-Off.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya bas ini bukan khusus untuk pelancong luar negara sahaja. Sebenarnya bas ini boleh juga dinaiki oleh warganegara Malaysia. Bagi Momi, sekali sekala kita tinggalkan kereta dimana-mana kawasan berdekatan hentian dan berjalan sekitar Kuala Lumpur memang 'best' sangat. Ada juga tempat-tempat menarik yang dilalui, Momi baru tahu ada beberapa tempat yang belum pernah dikunjungi lagi hehe.

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Ruangan tertutup dengan air-cond. Memang nyaman.

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Open Deck memang best!

Waktu Beroperasi Bas KL Hop-On Hop-Off 
KL Hop-On Hop-Off dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum bermula 9.00 pagi sehingga 8.00 malam. Untuk bas terakhir, anda perlu menunggu di tempat hentian pada jam 7.00 malam. 

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Dah bersedia nak naik! hehe
Harga Terkini Tiket Bas KL Hop-On Hop-Off
Ramai yang bertanya Momi dekat Facebook dan Instagram, berapa harga tambang untuk naik KL Hop-On Hop-Off. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut jam dan juga kewarganegaraan. Untuk warga Malaysia, anda mestilah tunjukkan MyKad atau MyKid. Untuk memudahkan perbezaan tersebut, Momi senaraikan untuk anda cara mudah baca harga tiket bas KL Hop-On Hop-Off : 

DENGAN PEMILIK MYKAD (WARGANEGARA)
24 Jam 
RM25 (Dewasa)
RM15 (Kanak-Kanak*, Warga Emas & Pelajar**)
48 Jam 
RM40 (Dewasa)
RM25 (Kanak-Kanak*, Warga Emas & Pelajar**

BUKAN PEMILIK MYKAD (PELANCONG ASING)
24 Jam 
RM55 (Dewasa)
RM30 (Kanak-Kanak*, Warga Emas & Pelajar**)
48 Jam 
RM95 (Dewasa)
RM50 (Kanak-Kanak*, Warga Emas & Pelajar**)

* Untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas sahaja. Bawah 5 tahun, masuk adalah Percuma.
** Untuk harga pelajar, anda mestilah tunjuk kad/ID pelajar anda, sebelum naik.

KL Hop-On Hop-Off - Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama Bas KL Hop-On Hop-Off !
Kita Enjoyy!

Untuk pengetahuan anda, anda boleh membeli tiket bas ini menerusi perhentian pertama di MATIC, perhentian keenam (6) di BUKIT BINTANG (Hadapan Sungei Wang), kaunter informasi Visit KL di Jalan Sultan Ismail dan ejen tiket yang sah. Selain itu anda juga boleh mendapat tiket bas secara atas talian (online) di laman web rasmi KL Hop-On Hop-Off Bus. | Jalan-Jalan Di Kuala Lumpur Bersama KL Hop-On Hop-Off Bus !

Untuk maklumat lanjut mengenai KL Hop-On Hop-Off serta perkhidmatannya, sila layari laman web rasmi KL Hop-On Hop-Off dan ikuti mereka di lama sosial ; Facebook dan Instagram

Post a Comment

2 Comments

cikpinz said…
Pernah naik HOHO di Penang. Yang KL belum pernah lagi. Suka duduk di open deck. Fefeling tourist gitu. Hehe.
Kak Mahh said…
Harga Tak Mahal. Tapi pernah tengok saja akak Tak pernah cuba Naik. Inshallah bawa anak itik kelak.