Hornbill Restaurant & Café - Makan Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Hornbill Restaurant & Café | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah pergi KL Bird Park Malaysia atau Taman Burung Kuala Lumpur? Momi
pernah sekali ke KL Bird Park Malaysia pada tahun 2014, memang seronok dapat berinteraksi bersama burung. Jadi entri kali ini Momi ingin kongsikan kepada anda pengalaman menikmati hidangan yang menarik dari Restoran Hornbill di KL Bird Park Malaysia. Apa yang menarik di situ? Jom tengok.
|
Ruangan Dalam Yang Selesa dan Ber-aircond. |
Restoran ini terletak di Taman Burung Hornbill Park di KL Bird Park Malaysia. Kiranya bersebelahan sahaja dengan pintu masuk KL Bird Park. Anda boleh memilih sama ada ingin duduk diluar atau didalam. Memang sangat sesuai makan sambil bersantai bersama keluarga, rakan, bertemu pelanggan dan sebagainya. Momi bersama rakan Blogger memilih untuk makan didalam.
|
Bahagian Luar Hornbil Restaurant & Café |
Hornbill Restaurant & Café ini dikelilingi dengan hijau pokok dan kecantikan langit di Kuala Lumpur, sambil makan anda boleh menghirup udara yang segar dan tenang. Sambil tu boleh dengar siulan burung , pasti buat anda lebih berselera untuk menikmati hidangan yang ada di restoran ini.
|
Seleksi Hidangan Dari Hornbill Restaurant & Café |
Memandangkan sudah masuk cerita bab makanan, kita tengok apa yang menarik di
Hornbill Restaurant & Café. Restoran ini menghidangkan seleksi makanan dari menu tempatan sehingga ke
'western'. Harap anda semua bersedia dengan menu-menu yang terdapat di restoran ini. Antara menu yang sering dipesan oleh para pelanggan ialah
Chicken Chop, Spaghetti Cabonara Choice of Seafood, Chicken Cordon Bleu, Sup Tom Yam, Laksa Sarawak, Nasi Dagang dan banyak lagi pilihan untuk anda pesan. Tak lengkap rasanya kalau makan tiada pencuci mulut. Kami dihidangkan dengan
Pisang Goreng yang panas-panas tau. Okay Momi nak bagi anda rasa terliur sekejap :
Jika anda sedang mencari tempat makan yang menarik sekitar Kuala Lumpur, apa kata anda singgah di
Hornbill Restaurant & Café. Pasti anda akan berpuas hati menikmati hidangan yang menarik sambil menghirup udara segar. Jangan lupa singgah ya ! Terima kasih kepada Encik Taufik Mohd.Sharif (Eksekutif Pemasaran dan Promosi) diatas kesudian menjemput Momi ke
Hornbill Restaurant & Café.
|
Sign Hornbil Restaurant & Café |
Waktu Operasi Hornbill Restaurant & Café
Untuk pengetahuan anda, restoran ini
beroperasi setiap hari bermula jam
9.00 pagi sehingga 8.00 malam.
|
Senarai Menu di Hornbil Restaurant & Café |
Alamat Hornbill Restaurant & Café, KL Bird Park Malaysia
920 Jalan Cenderewasih,
Perdana Botanical Gardens
Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini, sila layari laman web rasmi
KL Bird Park Malaysia atau hubungi
+603-2693808.
0 Comments