Rasai Hidangan Dari Sri Lanka Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini Momi berkesempatan ke Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bersama rakan Blogger untuk merasai sendiri menu 'limited edition' di Restoran Essence. Menu tersebut digelar 'A Taste Of Sri Lankan' dimana ia menampilkan masakan dari Sri Lanka. Best ke tak?
Hidangan sempena 'Hari Kebangsaan Sri Lanka' di Restoran "Essence" ini merupakan hidangan yang terhad dimana ia bermula dari 6 Februari 2018 sehingga 11 Februari 2018. Menariknya, kesemua masakan'A Taste Of Sri Lankan' ini menampilkan Chef Siva dari Restoran Alia yang mengetuai chef masakan untuk hidangan 'A Taste Of Sri Lankan' ini. Kami siap dapat melihat sendiri Chef Siva masak menu utama.
Antara hidangan yang menjadi tumpuan jika anda makan disini ialah 'Sri Lankan Curry Crab' (Kari Ketam Sri Lanka) dan Jaffna Style Crab (Ketam Stail Jaffna) yang merupakan hidangan signature dari restoran Aliya. Bolah dikatakan kedua-dua hidangan ini sememangnya wajib cuba ! Selain itu, 'A Taste Of Sri Lankan' ini menghidangkan 'Soothi', 'Brinjal Moju', 'Negombo Style Prawn Curry', 'Mutton Poal Poriyal', 'Ladie Finger' dan 'Murunga Peratal'. Jom tengok sikit gambar-gambar ini, pasti buat anda terliur :
Tak lengkap rasanya kan kalau tiada pencuci mulut. Selain dari hidangan yang utama, pencuci mulut ini juga anda wajib cuba ya iaitu 'Hoppers' atau ia lebih dikenali sebagai apam. Menariknya kita boleh pilih sendiri nak letak topping apa, serius best. Momi pilih nak letak telur. Memang sedap. Rasanya ala-ala thosai gitu. | Rasai Hidangan Dari Sri Lanka Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Brinjal Moju |
Soothi |
Murunga Peratal |
Ladie Finger |
Aliya's Signature Curry Crab |
Mutton Poal Poriyal |
Negombo Style Prawn Curry |
Tak lengkap rasanya kan kalau tiada pencuci mulut. Selain dari hidangan yang utama, pencuci mulut ini juga anda wajib cuba ya iaitu 'Hoppers' atau ia lebih dikenali sebagai apam. Menariknya kita boleh pilih sendiri nak letak topping apa, serius best. Momi pilih nak letak telur. Memang sedap. Rasanya ala-ala thosai gitu. | Rasai Hidangan Dari Sri Lanka Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Harga Dinner Buffet 'A Taste Of Sri Lankan'
Harga untuk makan malam bufet 'A Taste Of Sri Lankan' di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bermula 6 Februari sehingga 11 Februari 2018 adalah seperti berikut :
RM143.00 nett (Dewasa) / Seorang
RM71.50 nett (Kanak-Kanak) / Seorang
Untuk maklumat lanjut mengenai Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, sila layari laman web rasmi di www.sheratonimperialkualalumpur.com . Untuk mengetahui perkembangan dan promosi dengan cepat sila layari media sosial mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.
Alamat Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Jalan Sultan Ismail,
Chow Kit
50250 Kuala Lumpur.
Telefon : +60 2717 9900
14 Comments
Suka breakfast kat Restoran Essence ni. Banyak pilihan plus makanan sedap! hehehe