Boat Noodle Perkenalkan Menu Terhad Sehingga Penghujung Februari 2018 ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Momi memang minat makan dekat Boat Noodle. Boleh dikatakan setiap bulan mesti menyinggah sebab kawan juga peminat Boat Noodle ni. Tahukah anda, Boat Noodle sedang memperkenalkan menu baru sempena tahun 2018 ini. Baru-baru ini Momi berkesempatan untuk menghadiri "Boat Noodle's New Year Blogger Event" pada 20 Januari 2018 dan merasai menu-menu baru yang diperkenalkan untuk masa terhad ini.
Kebiasaannya kalau datang Boat Noodle, Momi tak pernah miss nak order Boat Noodle Sour Pathumthami bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi ambil yang perisa ayam punya. Kali ini rasa teruja sangat sebab Momi dapat cuba menu baru dan sangat terhad. Bertempat di Empire Damansara, event ini dihadiri lebih dari 30 orang Blogger yang terpilih.
Untuk pengetahuan anda, Boat Noodle memang selalu perkenalkan menu baru dalam masa 2-3 bulan, jadi peminat tegar seperti Momi memang kena sentiasa up-to-date untuk menu baru Boat Noodle. Empat menu baru yang diperkenalkan dua jenis makanan dan minuman iaitu 'Prosperity Yum', 'Thai Fried Chicken', 'Blue Butterfly' dan 'Mango Smoothies'. Haaa.. Momi rasa seronok sebab dapat cuba empat menu ini. Jom kita tengok apa yang menariknya empat menu baru dari Boat Noodle :
01 Prosperity Yum
RM1.99/Mangkuk
Seperti dua perisa asalnya (Sour Pathumthani & Creamy Ayutthaya), Boat Noodle memperkenalkan kuah Prosperity Yum dengan pilihan ayam atau daging. Prosperity Yum ini dihidangkan bersama mi yang mengikut selera anda iaitu Thai Rice Noodles atau Springly Noodles. Rasanya seperti Tom yam bersama santan, membangkitkan rasa-rasa pedas tom yam.
02 Thai Fried Chicken
RM12.90
Thai Fried Chicken ini Momi nak recommend dekat anda untuk rasa sendiri. Thai Fried Chicken ini memang sangat sedap dan nak lagi power, makan dengan sos thainya. Momi berkongsi Thai Fried Chicken ini bersama empat Blogger lain dan tambah sehingga tiga kali. Punyalah sedap haha.
03 Blue Butterfly
RM5.50
Untuk minuman pula, Boat Noodle memperkenalkan Blue Butterfly sebagai menu yang unik dan menarik. Asalnya warna airnya adalah warna biru, kemudian apabila ditambah limau ke dalam air, warnanya berubah menjadi Ungu. Rasanya juga sedap dan 'fresh'. Dua kali repeat tau yang ni hehe.
04 Mango Smoothies
RM5.50
Apa? Mango Smothies?! Yang ni juga minuman yang menarik untuk anda cuba. Rasa yang masam dan manis bersama yogurt, membangkitkan rasa yang sangat best dan 'fresh'.
Untuk pengetahuan anda, keempat menu ini dihidangkan di Boat Noodle bermula sekarang sehingga 28 Februari 2018. Jadi anda kena cepat-cepat datang Boat Noodle dan rasai sendiri hidangan unik dan sedap ini. At least, dapat rasa sekali pon dah okay sangat hehe. Terima kasih Boat Noodle atas jemputan ke Boat Noodle Empire Damansara. Seronok dapat rasa menu-menu terbaru dari Boat Noodle. | Boat Noodle Perkenalkan Menu Terhad Sehingga Penghujung Februari 2018 !
Untuk maklumat lanjut mengenai menu baru Boat Noodle, sila layari laman rasmi Boat Noodle serta ikuti laman sosial media mereka di Facebook dan Instagram.
12 Comments