Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner Pantai Dalam

Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam
Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam
Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Setiap hari pasti akan ada kisah viral sana sini, lagi-lagi bab makanan. Rasanya setiap bulan pasti ada sahaja menu viral bila online Facebook, Twitter atau Instagram. Baru-baru ini viralnya Ais Kepal Milo telah buat netizen tak senang duduk untuk cuba menu viral ini.

Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam
Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam

Baru-baru ini Momi singgah untuk makan tengah hari dekat kedai nasi ayam sedap di Kuala Lumpur iaitu Restoran Pak Ayop Tip Top Corner di Pantai Dalam. Tiba-tiba teringat hari tu ada rakan Facebook Momi share ada "Ais Kepal Milo" yang viral dekat restoran ni. Jadi Momi tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri Ais Kepal Milo ini.

Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam
Ais Kepal Milo Viral Di Pak Ayop Tip Top Corner, Pantai Dalam
First impression, ehh besarnya cup dia. Yang tengok selalu dalam versi mangkuk tapi dekat Pak Ayop Tip Top dalam cup besar. Kalau anda nak rasa-rasa, boleh belin dan kongsi dengan kawan. Selain ada Milo pekat diatasnya, ada juga biskut dan kekacang. Memang puas hati. No wonder-lah owner kata "Pekat likat memikat nikmat".


Selain dari Ais Kepal Milo, ada juga pelbagai minuman dan dessert menarik ada di sini seperti Coconut Shake Oreo, Coconut Shake Milo, Cendol Durian, Pulut Mangga, Green Tea Cincau, Nenas Madu dan sebagainya. Hidangan paling menarik dekat Pak Ayop Tip Top Corner ini ialah  Mee Celup dan Nasi Ayam Banjir. Memang terbaik gais!

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 017-2210266 atau anda boleh layari Facebook rasmi mereka untuk mengetahui hidangan lain yang dijual di Pak Ayop Tip Top Corner. Selamat mencuba gais!

Post a Comment

4 Comments

Pojiegraphy said…
Ya Allah. Terliur tengok but hmm sure manis sangat, eh ke tak?
Rafzan Tomomi said…
Of course manis awak, kita makan sekali sekala je. kalau selalu, nangis hahaha
Hasif Hamsyari said…
wahhh kat Perak pun ada? saya balik kampung hari tu rasa yang kat Melaka punya. Memang sedap! Nanti kalau ke Perak nak rasa jugaklah yang kat sini punya! woohoo!
Mawardi Yunus said…
Wak terliurnya saya. Nanti bawak kami ke sini ya. Nak try