YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Setelah delayed beberapa bulan untuk siapkan entri ini, akhirnya entri ini berjaya dipublished haha! Pada awal September 2017 lalu, Momi bersama YLZ Studio ke Putrajaya untuk photoshoot "YLZ STUDIO x MOMI". Kebetulan Momi memang mencari photographer masa tu, dan akhirnya berjaya juga menjalankan photoshoot ini. Photoshoot ini bertemakan "Mominion in Wonderland". Gigih jugalah Momi dengan Ara Kimora mencari props untuk photoshoot ini. Turut ditemani oleh Mama Jee.

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya
Kami bermula dari Taman Saujana Hijau, Presint 2011, Putrajaya. Cuaca dia memang i tell you , memang panas terik. Pertama kali datang sini, rasa teruja sangat melihat pemandangan yang cantik. No wonder-lah ramai orang datang photoshoot wedding dekat sini. Selepas selesai tukar baju Minion yang comel itu, terus mula sesi fotografi kami.

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

Serius! Lama rasanya tak photoshoot ni, rasa gementar dia macam nak ambil keputusan SPM haha. Tapi photographer sangat tenang brief untuk pose macam mana, angle macam mana, jadi tidak rasa kekok sangat. Selain dari pose sendiri, Ara Kimora dari belakang pon coaching pose untuk kita ya haha. Untuk permulaan ini kita bergambar dekat bawah pokok jadi tak terlalu panas. 

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

Seterusnya kami ke bahagian panas sedikit, kawasan Taman Saujana Hijau dekat Presint 11 Putrajaya ini memang banyak tempat cantik-cantik untuk bergambar. Kali ini Momi bergambar dengan belon pula. Walaupun bukan penggemar belon, Momi rasa belon tu sangat comel dengan baju Minions ni. Cabaran yang menarik, bila kena berlari sambil bawa belon. Serius seronok. Ulang sampai 2-3 kali tau hehe. 



YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

Lokasi kedua, kami ke Taman Floria Putrajaya untuk sesi kedua photoshoot. Masih kekalkan baju minions (sebab malas nak tukar), sampai sana terus photoshoot dengan bola warna-warna (ala-ala chewing gum) dan gula-gula. Memang cantik! Sempat juga bergambar dengan Ara Kimora dekat sini. Selepas itu, Momi photoshoot dekat kawasan macam Jepun gitu. 

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya
Momi Bersama Team YLZ Studio & Ara Kimora

Alhamdulillah selesai juga photoshoot yang Ara Kimora dan Momi sendiri arrangekan bersama YLZ Studio ni. Terima kasih sangat-sangat kepada team YLZ Studio sebab sudi layankan minat Momi ni. Seronok pula nak photoshoot untuk tahun 2018 pula. Header yang Momi guna sekarang adalah gambar yang diambil oleh YLZ Studio tau hehe. Terima kasih kepada tulang belakang Momi, Ara Kimora yang bawa Momi ke Putrajaya, recommendkan YLZ Studio untuk photoshoot. Tidak lupa juga peneman kami, Mama Jee hehe. | YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya 

Banyak lagi gambar yang anda boleh lihat dekat hashtag 'ylzstudioxmomi' !

YLZ STUDIO X MOMI - Photoshoot Outdoor Bersama YLZ Studio Di Sekitar Putrajaya

Mengenai YLZ Studio
Untuk pengetahuan anda, YLZ Studio menyediakan perkhidmatan fotografi untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis hari lahir, pra kelahiran, majlis rasmi dan konvokesyen. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan Family Potrait dan seperti Momi ni, photoshoot outdoor. Untuk tempahan fotografi ini, sila hubungi Yazlie Fizrie (0135319233) atau Yazlie Aizat (01115775776), juga anda boleh email ke ylzenterprise@yahoo.com.


Promosi 1118
Sempena tahun baharu 2018, YLZ Studio berbesar hati untuk buat promosi yang berlangsung hanya pada bulan Januari 2018 (1 Januari 2018-31 Januari 2018) buat bakal pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Anda hanya perlu memilih dua promosi dibawah dan terus DM ke Nombor yang tertera diatas untuk tempahan. Promosi pakej perkahwinan murah 2018 adalah seperti berikut ;

Promo 650 (RM650.00)
Shoot N Burn
- Nikah + Sanding + Outdoor
- Unlimited Photo + CD With Cover 

---------------------------------------------

Promo 1118 (RM1,118.00)
Nikah + Sanding + Outdoor
- Custom Album 8x12 
- 12x18 Picture + frame 
- Pendrive + Case
- Table top Frame

Untuk maklumat lanjut mengenai YLZ Studio, sila ke Instagram rasmi mereka @YLZStudio dan laman Facebook rasmi mereka : YLZ Studio.



Post a Comment

20 Comments

ai said…
Ceria gambar-gambar momi.
Rafzan Tomomi said…
hehe terima kasih sis :)
Fiza Rahman said…
Bestnya momi. Semua gambar cantik-cantik. Teringin nak buat outdoor photoshoot dengan family macam ni.
Ezna Khalili said…
Cantiknya taman saujana hijau ni. Pernah lalu cuma tak pernah singgah je. Next time bole singgah ni.
penaberkala said…
Kemain momi photoshoot ye. Bestnya buat outdoor photoshoot. Lawa gambar gambar ni. Berbaloi kalau hire photographer ni
MaisarahSidi said…
comel je momi bergambar heee. lawa tempat photoshoot tu. cantik2 gambar dari YLZ Studio ni. pakej yang ditawarkan juga menarik

www.maisarahsidi.com
Cantiknya gambar depa ambil 😍 boleh la try dorang punya servis next time bila ada event
Zharif Azis said…
Bestnya !! Gambar2 nampak cantik sangat. Pakej pon murah je. Nak kne boomark nie.
Tengkubutang said…
lawa tanan saujana hijau ni. TB tak pernah sampai situ lagi momi.. hihihi.. comel pulak tengok momi buat gaya kungfu panda tu.. kih3
pandai dorang shoot moment yang comel dan ceria. sebab ada setengah photographer tak pandai sangat ambil moment yang kita tengah ceria tu.
Huda Halid said…
best yer dan happening tengok photoshoot ni. teringin jugak nk buat photoshoot outdoor gini
Gja said…
Cantiknya taman saujana tu.. tapi orang dalam gambar pon cantik
Syafiera Yamin said…
kenapa mommmi sangat happy dan gembira all the times, i is jelly tau.. padanlah muka maintain cute all the timessss
Mawardi Yunus said…
wah ada promosi, ala untuk nikah sanding je ke huhu
Eintan Nurfuzie said…
Berpatutan gak harganya.. yg penting kualiti tuuu
Ciktie said…
Cantik semua gambar momi! Nampak happy je gambarnya
Lia Hasty said…
Cantiknya hasil-hasil gambar dari YLZ studio ni. Harga promosi murah dan berbaloi.


www.liahasty.com
Fadzi Razak said…
Comel gila momiiii. Hahahah. Boleh tahan murah jugak pakej pakej yang diaorang offer tu. Tapi nasihat Fadzi kalau untuk kahwin tu jangan la ambik shoot and burn tu. Nanti sampai sudah duduk dalam cd je
Hanny Abdullh said…
Momi kalau bab posing mmg terbaik, suka betoi tgok momi posing2. Cantik betul lah gambar2 dalam ni..bila lah turn sis nak posing2 cam gini, nak momi ajarkan
Cantik...sungguhlah pic outdoor tu... kena dengan teknik dan cara pic jadi cantik. Promosi pula boleh tahan murah