Barisan Pelakon Surf This Love : Gelora Juara |
Barisan Pelakon Surf This Love : Gelora Cinta
Filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang hebat dalam industri perfileman Malaysia. Antaranya ialah Shukri Yahya, Cristina Suzaane, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Shuhaida Abraz, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.
Poster Rasmi Surf This Love : Gelora Juara |
Sinopsis Surf This Love : Gelora Juara
Surf This Love : Gelora Juara mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billie sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billie.
Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 8 tahun hinggalah sekarang Billie tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati lemas dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak.
Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka Billie terpaksa berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar oleh sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billie dengan sukan ini tidak pernah luntur. | Surf This Love : Gelora Juara - Kisah Sukan Luncur Air Ke Layar Perak Februari 2018 !
Kisah bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman,
Bagaimanakah Mia dan Billie bertemu? Apakah konflik yang dihadapi oleh Billy dan rakan-rakannya? Apakah kesudahan untuk filem ini? Jawapannya hanya jika anda saksikan filem Surf This Love : Gelora Cinta dipawagam nanti ya! hehe.
Bagaimanakah Mia dan Billie bertemu? Apakah konflik yang dihadapi oleh Billy dan rakan-rakannya? Apakah kesudahan untuk filem ini? Jawapannya hanya jika anda saksikan filem Surf This Love : Gelora Cinta dipawagam nanti ya! hehe.
Trailer Surf This Love : Gelora Juara
Trailer #1 - Surf This Love
Trailer #2 - Surf This Love
Jadi marilah kita luangkan masa untuk menonton filem luncur air yang pertama di Malaysia. Rasa teruja nak pergi tengok wayang filem ini sebab ia sesuatu yang baru dan ia membariskan pelakon yang best-best. Jom kita pergi tonton Surf This Love : Gelora Juara bersama keluarga dan rakan-rakan.
1 Comments