Mon Chaang Thai Tea by Chapayom Kini Berada Di Sunway Piramid! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi memang suka sangat dengan air teh susu. Lagi-lagi kalau dapat yang blended, memang senyup sampai ke telinga. Haa.. baru-baru ini Momi menghadiri Grand Launch Mon Chaang Thai Tea dekat Sunway Piramid pada 13 Januari 2018. Pertama kali Momi dengar mengenai Mon Chaang Thai Tea by Chapayom ini. Lokasi Mon Chaang ini dibuka bersebelahan Aeon Sunway Piramid.
Bahagian Hadapan Mon Chaang Thai Tea by Chapayom Di Sunway Piramid |
Barisan Artis Bergambar Bersama Pengurus Mon Chaang Thai Tea by Chapayom Sempena Grand Launch |
Untuk pengetahuan anda, Sunway Piramid merupakan cawangan kedua Mon Chaang yang dibuka selepas pembukaan cawangan pertamanya sekitar 2017 di Menara Citibank, Kuala Lumpur. Mon Chaang Thai Tea memfokuskan kepada Thai Tea yang menggunakan bahan seperti serbuk teh yang diimport dari Thailand. Selain itu, mereka juga menggunakan bahan yang Halal dalam setiap minuman.
Terdapat beberapa variasi Thai Tea yang boleh anda pilih seperti Thai Milk Red Tea, Thai Milk Green Tea, Thai Milk Rose Tea, Thai Cocoa (Coklat), Thai Lime Rose Tea dan beberapa menu lain yang menarik. Cerita bab harga pula, Momi agak terkejut sebenarnya sebab harga yang ditawarkan sangat okay. Terdapat tiga jenis pilihan air iaitu minuman panas, minuman sejuk dan blended. Jom kita tengok harga minuman dekat Mon Chaang Thai Tea by Chapayom :
Minuman Panas (Hot)
236 ml
RM4.90
+ RM9.90 (Minuman Bersama 1 Thai Snack)
Minuman Panas (Cold)
650 ml
RM5.90
+ RM10.90 (Minuman Bersama 1 Thai Snack)
Blended
650 ml
RM6.90
+ RM11.90 (Minuman Bersama 1 Thai Snack)
Momi sempat cuba beberapa minuman Thai Tea ini, dan Momi sangat suka dengan rasa Thai Milk Rose Tea dan Thai Milk Red Tea, memang sangat sedap. Menari-nari bila dapat minum tu hehe. Selain dari variasi minuman, Mon Chaang Thai Tea juga turut menjual kudapan yang didatangkan khas dari Thailand. Momi sempat rasa beberapa kudapan tersebut dan memang sedap. Rasa nak beli bawa balik tau hehe. | Mon Chaang Thai Tea by Chapayom Kini Berada Di Sunway Piramid!
Teruja Sangat Dapat Rasa Milk Tea ni! |
Untuk maklumat lanjut mengenai Mon Chaang Thai Tea, anda boleh ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram rasmi mereka. Selamat mencuba ya !
20 Comments
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html
www.maisarahsidi.com