2017 Review & Happy New Year 2018!


Selamat Tahun Baharu 2018 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Tahun 2017 sudah melabuhkan tirainya, kini kita sudah memasuki tahun 2018. Rasa macam cepat masa berlalu kan? Selamat Tahun Baharu 2018 kepada pembaca blog Momi ni. Ada beberapa perkara yang Momi nak sharekan kepada anda sepanjang tahun 2017.

Imbasan 2017
Tahun 2017 menyaksikan pelbagai kenangan manis dan pahit berlaku pada Momi. Tahun 2017 boleh dikatakan lebih dimurahkan rezeki dengan pelbagai kolaborasi review dan advertorial bersama nama-nama besar seperti Sushi King, Pokka, Kaio Studio, Apple Fiber Plus, Lazada, ROOPAWAN, RTM, Media Prima, Neffos, Traveloka, KPDNKK dan banyak lagi. Selain itu, tahun 2017 boleh dikatakan menerima banyak jemputan event dan food review.

Untuk travel pula, Momi berkesempatan untuk menaiki kapal cruise Superstar Libra dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand. Sebuah pengalaman yang takkan Momi lupakan. Momi juga berkesempatan untuk travel ke Lombok bersama rakan office selama 5 hari 4 malam. Yang ni pon sama, memang pengalaman yang awesome sangat.

Impian untuk dapat telefon baru tercapai! Disebabkan tak sabar nak beli handphone baru, akhirnya beli juga Huawei P10 sebab minat sangat dengan kamera dualnya tu. Serius memang puas hati pakai Huawei P10! Maybe 2018 tak beli handphone baru kot! hehe.

Menariknya tahun 2017 sangat bermakna buat Momi apabila blog Momi kini sudah mencecah lebih 2,000,000 pembaca pada hujung Disember 2017. Terima kasih sangat kepada semua yang sudi masuk ke blog Momi. Rasa seronok dapat memberi info dan panduan kepada mereka yang masuk ke blog Momi.

2017 Momi berakhir dengan kedukaan apabila ayah Momi telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 12 Disember 2017. Selepas dua bulan menanggung kesakitan dekat ICU, ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Dalam keadaan sekarang masih lagi belum pulih sebelumnya untuk menerima ayah sudah pergi buat selamanya. Hidup mesti diteruskan juga kan? Rindu ayah sangat-sangat. Al-fatihah.

Azam 2018
Berikut adalah azam-azam tahun 2018 Momi :

- Travel ke Jepun dan Korea.
- Dapat Kerja Tetap.
- Dapat menyimpan duit dengan sebaiknya.
- Dimurahkan rezeki.
- Kolaborasi Dengan Nama-nama besar.
- Kurus? I will think about it later. haha
- 30k Instagram Followers.
- Meet awesome new people.

Haaa begitulah imbasan 2017 dan azam tahun 2018 Momi. Banyak sebenarnya nak taip tapi Momi simpan dalam hati. Tahun ni dah masuk tahun ke-6 lah kiranya untuk Blogging dan juga alam perkerjaan. Semoga tahun 2018 kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki lagi . In Shaa Allah. Momi nak minta ampun dan maaf sekiranya terguris perasaan mana-mana pihak. Kita mulakan tahun 2018 dengan penuh semangat ya! :)

Post a Comment

8 Comments

nona sani said…
Takziah, semua ada hikmahNya, percayalah.... rindu mesti bertamu, dan x akan dilupakan selamanya.....
All the best for 2018 nih !
Encik Ejoy said…
semoga tahun 2018 lebih banyak kejayaan yang dicapai. :)
amerjaya said…
menepek dekat sini. and good luck for your new year resolution. :D
Mawardi Yunus said…
selamat tahun baru momi.moga lebih proaktif
Rafzan Tomomi said…
in sha Allah sis. amin ! :)
Rafzan Tomomi said…
in shaa Allah. Ejoy pon sama ya :)
Rafzan Tomomi said…
hehe . thankss :)
Rafzan Tomomi said…
happy new year wak. In shaa Allah :)