Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Selera Jaya 223, Jalan Petaling | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Penggemar Nasi Lemak atau anda sedang mencari makan malam yang sedap di sekitar Petaling Jaya? Apa kata anda cuba makan Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling. Tak pasti dah berapa lama beroperasi. Baru-baru ini, Abang Iju bawak kami sekeluarga selepas melawat ayah dekat PPUM makan dekat sini. Apa yang menariknya dekat Selera Jaya 223 ini selain dari Nasi Lemak?

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Sebelum cerita pasal makanan lain, nak cerita pasal Nasi Lemak dekat Selera Jaya 223 ni. Disebabkan Abang Iju kata Nasi Lemak dekat sini sedap, Momi cubalah sebungkus. Nasi Lemak dekat sini ada dua (2); Nasi Lemak Merah dan Nasi Lemak Biru. Memandangkan Momi suka dengan Nasi Lemak cop merah, beberapa kali datang sini ambil yang warna merah sahaja. Suka dengan sambal dan nasi lemaknya, dalam masih panas lagi dalam bungkusan. Telur rebus pula separuh, ada rezeki dapat telur sebiji hehe. Harga nasi lemak tersebut ialah RM1.60 (sebungkus). 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling

Selain dari Nasi Lemak, ada banyak lagi kedai yang best-best dekat Selera Jaya 223 ni. Yang selalu Momi dan keluarga makan seperti 'Smoky Wings', 'Chezzy Fries', 'Rojak Buah', 'Otak-otak', 'Gravy Meatballs', 'Nancheese' dan beberapa makanan lagi. Senang cerita tengok je gambar yang Momi sempat tangkap ni : 

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Smoky Wings 
Harga : RM9.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Chezzy Fries 
Harga : RM7.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Gravy Meatballs
Harga : RM6.00

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223, Jalan Petaling
Nancheese
Harga : RM6.00


Alamat Medan Selera 223 / Nasi Lemak 223 
Medan Selera 223
Jalan 51a/223, Seksyen 51a,
46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi Medan Selera 223, Petaling Jaya
6.00 petang - 2.00 pagi

Post a Comment

20 Comments

Mek Onie said…
Momi ! Cheezy fries dia tu, buat onie melting. Suka gila kalau makanan dibanjiri dengan cheese cheese tu haaaaaaa. Yummeh!
Hanny Abdullh said…
Lorrr kat belakang rumah sis je ni..mmg kalau terasa nk makan nasi lemak..kat situ le sis terjah
Ana Suhana said…
Pagi2 tgk gambar makanan jd lapar teruk dibuatnya. Boleh lah sesekali cuba ke sini. Meriah nampaknya medan selera ni. Smoky wings dan gravy meatball tu plg menarik perhatian ana. Ngences.
Fadzi Razak said…
Uih, mahalnye cheezy fries tu. Ade isi lain ke dekat bawah timbunan fries? Ke fries semata mata?
Hasif Hamsyari said…
amboi... sebab gambar2 abang Momi ni terus rasa nak pergi dan rasa sendiri. Syoknya nampak!
Syafiera Yamin said…
sedap gila nasi lemak tu, lapar lah momi kenapa semua orang pos pasal makanan ni. :(
baru tau ada nasi lemak sedap kat sini. bleh bawa family pergi sini. terbaikkk
Lia Hasty said…
Ada lagi nasi lemak harga RM 1.60. Murah dan nampak sedap. Selera betul.
Bella Jamal said…
Nasi lemak tu satu cop untuk yg pedas kan? Mmg sentiasa ramai org datang sini. Sampai tkde tmpatla nak makan. Makanan pun ok.
Khaidir said…
Terbaik. Makanannya semua murah-murah. Saya suka nasi lemak yang simple. Nasi dengan telur rebus dengan sambal pedas dah cukup. Tak perlu nak lauk pelbagai. Chicken wings itu, aku teringin nak scuba. Sedap nampaknya.
Alamak! Dah lapar acane ni..? Rosak diet tengok makanan2 ni. Haha .
Tengkubutang said…
mak aii.. yang ber cheese cheese banyak ni.. terliur plak tengok gambar.. apa-apa pun Nasi lemak tu paling tip top.. tetiab pulak perut berbunyi
Gambar gambar makanan menggugat jiwa ini. Sampai hati buat jadi lapo balik
Suria Amanda said…
Ya allah..x tertahan2 akak tgok nasi lemak tu ha..tgok gambar pun tahu sedap..apa beza yg merah dgn yg biru momi?
SalinaJohari said…
Murah gakla nasi lemak dia..nasib bukak malam kalau hari koje memang tak merasa la..dahla kita ni hantu nasi lemak..huhuhu
Gambar makanan ni buat Bonde nak pi makan dekat situ... Hadoiiii sedapnya.. merecik!
yaya_flanella said…
Adududu sedapnya terliur kita malam2 ni dah la aura lapar dah menjengah haha boleh cuba nanti nasi lemak dia nampak sedappp
MaisarahSidi said…
wow sedapnyaaa. harga pun berpatutan. nasi lemak cop biru tu rasa macam mana pula?

www.maisarahsidi.com
Nisa said…
Oh my Allah, Chh=eesy Fries tu memang membuatkanku teringat akan kenangan memakan Taco Fries di Dublin waktu zaman belajar dulu. Exactly the same, but ada one big potato with fries and cheese melting on top. Very delicious!

http://panphila.blogspot.my
Sunshine Kelly said…
Mula mula ingat nasi lemak je, smoky wings pun ada dan macam macam... aduhhh sedap ooii